Van Persie tidak puas hati

Sunday, June 12, 2011

PENYERANG Arsenal, Robin van Persie mempersoalkan potensi kelabnya dengan menganggap The Gunners tidak lagi setanding kelab gergasi lain selepas berhadapan beberapa siri kekalahan musim lalu.

“Setiap tahun pasti ada yang tidak kena dengan pasukan ini dan ia amat mengecewakan. Lihat saja keputusan tahun lalu. Awal-awal lagi kita sudah jangka kemenangan tidak berpihak kepada kami kerana terlalu banyak kesalahan dilakukan.

“Kadang-kadang kita harus menerima kebenaran walaupun pahit. Tetapi saya percaya dengan adanya pemain baru kami mampu bangkit.

“Kita tidak boleh terus meratapi kekalahan kerana semua pemain harus bermain bersungguh-sungguh dan memberikan sesuatu kepada peminat yang banyak menyokong,” katanya.

Musim lalu, Van Persie menjaringkan 18 gol daripada 19 perlawanan Liga Juara-Juara malah, mencipta rekod menyumbat sembilan gol berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)