Alisher Usmanov: Arsenal mesti melabur untuk pemain sekarang

Sunday, June 12, 2011
Alisher Usmanov telah menegur lembaga di Arsenal bahawa kelab akan ketinggalan jauh di belakang pesaing-pesaing mereka melainkan mereka melakukan pelaburan besar semasa jendela perpindahan musim panas. 


Jutawan Uzbekistan merupakan salah seorang pemegang saham terbesar di Arsenal, tetapi perjanjian yang memberikan Stan Kroenke kawalan terbesar di The Emirates telah menjadikan pengaruhnya agak tenggelam dalam kelab tersebut.

Kini dia telah mengeluarkan pendapatnya menentang lembaga dan keputusan mereka yang dia percaya telah memudaratkan kelab dan para peminat the Gunners.

Usmanov memberitahu the News of the World bahawa semua pengarah harus cuba mempertingkatkan kedudukan kewangan Arsenal dan memperoleh kejayaan., daripada mencari keuntungan peribadi sepanjang berlakunya kemarau trofi.

Dia turut mengingatkan bahawa perkara ini akan bertambah teruk melainkan Arsene Wenger dibenarkan untuk melakukan perubahan besar dalam skuadnya.

'Arsenal akan mempunyai semua kontark perdagangan utamanya untuk pembaharuan dalam beberapa tahun yang akan datang,' kata Usmanov.

'Tiada rahsia untuk memperbesarkan nilai sesuatu yang kita perlukan untuk mencapai kejayaan di dalam padang dan memenangi trofi. Untuk melakukannya anda perlu melabur hari ini untuk membina sebuah pasukan yang berjaya.

'Ini sesuatu yang mudah untuk difahami oleh semua. Samada ia membuahkan hasil, kita akan lihat nanti.'

Wenger dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Gervinho (Lille),  Kristian Eriksen (Ajax), Christopher Samba (Blackburn) dan Roger Johnson (Birmingham) bagi skuadnya sepanjang musim panas ini.

Namun ia tidak dapat dipastikan samada mereka mewakili mutu yang bermain dalam fikiran Usmanov untuk Arsenal.

Usmanov turut menambah bahawa ia terlalu sukar untuk terus menyimpan Samir Nasri dan Cesc Fabregas, namun mencerminkan keraguan samada pihak lembaga turut berkongsi pendapat yang sama.


(Sumber: http://www.metro.co.uk/)