Malaysia kalahkan Myanmar 2-0

Saturday, June 18, 2011
KOTA BAHARU, June 18 (BERNAMA) -- Malaysia mengalahkan Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di stadium Sultan Muhammad Ke-IV Stadium malam tadi.


Gol pasukan kebangsaan diperolehi oleh Mohd Amirulhadi Zainal melalui sepakkan kaki kirinya pada minit ke-28 berikutan usaha lemah pasukan Myanmar untuk menghalang di hadapan gol.

Melalui kelebihan dalam mendahului permainan tersebut, Malaysia terus menguasai perlawanan di separuh masa ke-2 yang akhirnya membuahkan hasil apabila Badrul Bakhtiar menghasilkan gol ke-2 pada minit ke-55. Badrul dengan mudah menewaskan penjaga gol Myanmar Kyaw Zin Htet selepas kesilapan pertahanan.

Malaysia terus memberi tekanan namun percubaan mereka terkena palang gol selepas berjaya disentuh oleh penjaga gol Myanmar.

Hujan lebat pada hari tersebut telah memaksa permainan kedua-dua pasukan bergerak agak terhad dan berhati-hati di hadapan 10,000 peminat bolasepak. 


MALAYSIA: Mohd Sharbinie Allawee (K. Sasikumar), Baddrol Bakhtiar, Mohd Amirulhadi Zainal, Helmi Remeli (Yong Kuong Yong), Mohd Shakir Shaari (Amar Rohidan), S. Kunalan, Abdul Hadi Yahaya, Safiq Rahim (C), Mohamad Aidil Zafuan (Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid), Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid, Mohd Asrarudddin Putra dan Mohd Farisham Ismail (Mohd Azmi Muslim).

MYANMAR: Kyaw Zin Htet, Min Ko Ko (Zaw Zaw Oo), Pai Soe, David Htan (Soe Myat Thu) (Mai Aih Naing), Kyaw Ko Ko, Kyi Lin, Yan Aung Kyaw (Naing Soe Wai), Zaw Ming Tun (C), Shwe Hlainh Win, Yan Aung Win dan Aung Hhein Kyaw (Min Min Thu).


(Sumber: http://www.bernama.com.my/)