Pintu Barca masih terbuka

Sunday, June 12, 2011

BINTANG Barcelona, Andres Iniesta masih berharap pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas ke Nou Camp sekiranya bintang muda juara Piala Dunia 2010 Sepanyol itu ingin berubah angin.

Fabregas mula keliru dengan keputusannya sama ada kekal bersama Arsenal selepas menerima tawaran RM122.4 juta kerana Barca kini sudah memiliki dua pemain tengah, Bojan Krkic dan Thiago Alcantara.

“Saya tidak percaya dengan adanya Cesc nanti akan memberi kesan kepada saya dan Xavi. Pada saya kami semua layak berada dalam kesebelasan utama pasukan.

“Cesc mampu melengkapkan pasukan kami dan ia pasti bertambah baik bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di Eropah,” katanya.

Sementara itu, masa depan jurulatih Pep Guardiola yang mengemudi Barcelona menjuarai Piala Liga Juara Juara baru-baru ini, terus didebatkan terbaru Gurdiola dikatakan bakal meninggalkan Catalan setelah tamat kontrak musim depan namun, Iniesta berkeras mahukan jurulatih tersebut.

“Saya harap tahun hadapan bukan tahun terakhir dia bersama kami. Kami selesa dan serasi bekerja bersamanya,” katanya.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)