Melo tiada niat pindah

Sunday, June 12, 2011

PEMAIN tengah Juventus, Felipe Melo mendakwa kelabnya seolah-olah tidak menghormati pemain itu sejak tersebarnya khabar angin penghijrahannya ke Real Madrid.

Minggu lalu, Melo mempersoalkan komitmen beberapa pemain yang dirasakan tidak layak menyarung jersi Juventus. Dan pada masa sama pula, Melo disenaraikan antara pemain yang mungkin ‘tidak diperlukan’ kelabnya.

“Saya tahu nama saya ada dalam senarai. Tetapi setakat ini saya tidak menerima apa-apa berita atau panggilan telefon daripada sesiapa.

“Saya antara pemain penting dalam kelab ini, walaupun tahu pengurusan mahu mengambil pemain baru. Mungkin mereka lupa, tanpa saya, Juventus tidak akan mampu menang musim lepas,” katanya.

Berdasarkan kontrak perjanjian, Melo masih terikat dengan kelab Itali itu sehingga 2014 sejak beliau berpindah dari Fiorentina pada 2009.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)