Arsenal lepaskan 3 pemain remaja

Friday, June 17, 2011
Trio tersebut dilepaskan dengan kemunculan kurang daripada 20 dalam pasukan utama selepas Arsene Wenger mengemaskini skuad sebagai sebahagian daripada pembaik pulihan musim panasnya di kelab Utara London tersebut


Oleh Andrew Kennedy

Arsenal telah melepaskan trio remaja mereka iaitu Mark Randall, Thomas Cruise dan Roarie Deacon, dengan ketiga-tiga pemain tersebut akan menjadi agen bebas pada hujung bulan ini.

Pemergian Randall adalah merupakan yang paling signifikan, dengan berusia 21 tahun dan telah beraksi sebanyak 17 kali untuk skuad Arsene Wenger semenjak membuat penampilan pertamanya dalam Piala Liga semasa berumur 17 tahun.

Pemain tengah tersebut telah menghabiskan kempen 2010/11 dalam pinjaman ke 'League Two'  untuk kelab Rotherham United yang mana dia telah membuat 10 kemunculan, turut terlibat dalam pinjaman untuk Burnley di MK Dons.

Cruise, 20, telah melakukan satu kemunculan dalam skuad senior, di bahagian pertahanan kiri dalam kejohanan Liga Juara-juara menentang Olympiacos pada tahun 2009. Cruise menghabiskan baki perkhidmatannya ke atas pinjaman dalam League One untuk pasukan Carlisle United.

Deacon memperoleh empat gol dalam 16 kemunculan untuk pasukan simpanan Arsenal pada musim lepas, namun begitu pemain berusia 19 tahun itu masih gagal untuk mendapatkan kontrak lanjutan di Emirates.


(Sumber: http://www.goal.com/)