Fabregas: Saya gembira di Arsenal

Wednesday, June 15, 2011

Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas telah cuba untuk membatalkan spekulasi yang mengatakan bahawa dia akan menyertai Barcelona pada musim panas ini dengan menegaskan dia "sangat gembira" di Arsenal, tetapi pada masa yang sama membiarkan pintu luas terbuka untuk satu perpindahan dari kelab.

Fabregas bertindak untuk menenangkan keadaan selepas rakan sepasukannya Bacary Sagna menyatakan bekas pemain pasukan remaja Barca ini sangat ingin kembali kembali ke Camp Nou. Pemain berusia 24 tahun ini menyebut bahawa masa depannya berada di tangan Arsene Wenger.
"Saya pemain Arsenal. Saya sangat gembira sepanjang lapan tahun di sini dan saya sangat gembira. Saya tidak berfikir mengenai bolasepak pada waktu ini, ia hanya mengenai percutian saya," kata Fabregas yang kini dalam percutiannya di Ibiza bersama bintang-bintang Barcelona Carles Puyol dan Gerard Pique.

"Tidak terdapat apa-apa keputusan. Kebenarannya adalah ia tidak selalu bergantung kepada pemain dan pada masa ini saya tidak tahu apa-apa. Saya sangat gembira di mana saya berada.Yang lainnya hanyalah spekulasi yang tidak benar.



"Anda tidak boleh mengatakan tidak dalam hidup ini kerana begitu banyak perkara berlaku yang anda tidak boleh meramalkan.

"Dia [Arsene Wenger] merupakan bos yang membuat keputusan. Anda harus bertanya dengannya. Saya telah mengalami kecederaan di penghujung musim dan saya tidak berjumpa dengannya lebih kurang dalam enam minggu."

Satu-satunya trofi yang dimiliki Fabregas bersama skuad the Gunners adalah kemenangan Piala FA 2005, dan katanya dia hanya terlalu mengharapkan untuk memperoleh kejuaraan.

"Seseorang pemain yang tidak kecewa jika tidak memenangi apa-apa sebenarnya berbohong pada dirinya sendiri atau kekurangan cita-cita," katanya. "Ia merupakan sebuah pasukan yang baik dan mempunyai seorang pengurus yang baik dan mempunyai sokongan peminat paling setia di Eropah. Dengan itu semua saya percaya kami boleh mencapai kemajuan dan suatu hari nanti akan memenangi trofi penting."

Bagaimanapun, Barcelona boleh bergantung sebahagian besarnya kepada tawaran bagi Alexis Sanchez dan Giuseppe Rossi. Dengan permintaan Arsenal untuk menuntut £40 juta untuk Fabregas, gergasi Catalan itu tidak mungkin berkemampuan untuk memiliki ketiga-tiganya.


(Sumber: http://soccernet.espn.go.com/)