Samir Nasri tolak untuk terus di Arsenal

Saturday, June 18, 2011


Penyokong-penyokong Arsenal tertanya-tanya samada mereka akan memulakan musim baru dengan kehadiran Cesc Fabregas atau Samir Nasri, dengan kedua-dua pemain mendapat pelbagai spekulasi pada musim panas ini.


Manakala Fabregas telah mendedahkan bahawa beliau tidak akan mendesak untuk melangkah pergi ke Barcelona dan memberikan masa depannya untuk diputuskan oleh Arsene Wenger, namun begitu Nasri masih kekal samar ketika disoal tentang kemungkinan beliau kekal di Emirates.

Bercakap kepada majalah rasmi Arsenal, Nasri berkata: “Sebagai seorang pemain, ia susah untuk terus berada di peringkat tertinggi permainan anda.

“Saya tidak mahu musim lepas merupakan satu-satunya. Saya mahu terus bermain di tahap terbaik saya dan terus menjadi konsisten sebagaimana yang pernah saya lalui pada peringkat awal musim lepas.

“Inilah perbezaan antara seorang pemain yang baik dan pemain yang hebat – dan saya juga tahu bahawa jangkaan-jangkaan tertentu akan lebih menggunung terhadap saya.

“Tidak begitu banyak untuk diperkatakan selain daripada jangan mendengar semua khabar-khabar angin itu dan semuanya yang ditulis atau disebut.”

Kini Nasri menjejaki usia 24 tahun dan pada musim lepas merupakan kempen terbaik yang pernah dilalui oleh pemain Perancis tersebut, yang mana dia telah mencatat beberapa jaringan terbaik dan turut tersenarai untuk PFA Player of the Year.


(Sumber: http://www.freebetting.co.uk/)