'Financial Fair Play' system

Monday, June 13, 2011
Kelab-kelab Championship telah dihadkan untuk melakukan hanya pada apa mereka peroleh bermula musim 2012-13 manakala League One & Two telah dihadkan kepada 55 peratus perolehan gaji pemain.

Oleh Laurie Bonne

Presiden Uefa, Michel Platini telah membentangkan keputusan Liga Bolasepak untuk melaksanakan sistem Kewangan Fair Play di mana kelab perlu mengurangkan paras hutang mereka dan hanya dibenarkan untuk membelanjakan apa mereka bawa masuk sebagai hasil daripada pemain baru dan pembayaran gaji.

Firma penganalisis Deloitte mendapati bahawa satu daripada tiga kelab telah berbelanja lebih untuk bayaran gaji pemain berbanding penerimaan perolehan dan kelab-kelab dalam Liga Bolasepak telah berhutang sehingga £700juta.

Undang-undang dalam sistem baru  itu akan menyaksikan kelab-kelab dalam Championship berkuat kuasa pada musim 2012-13 hanya boleh membelanjakan apa yang mereka hasilkan dalam perolehan mereka manakala kelab-kelab dalam League One dan Two hanya akan mempunyai had perbelanjaan mereka daripada 55 peratus perolehan pada gaji pemain.


Jika mana-mana daripada 72 kelab-kelab yang telah mendaftar perjanjian ini gagal untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut, mereka boleh didenda dengan embargo pemindahan.

Kelab-kelab yang melakukan sebarang helah juga boleh berhadapan dengan penolakkan mata sekiranya kesalahan tersebut terlalu serius.

Platini memberitahu wartawan: "Kami sangat gembira melihat kelab-kelab Liga Bolasepak, di bawah payung FA, telah sekali lagi mengambil inisiatif yang baik dalam isu pentadniran sedemikian dengan memperkenalkan Kewangan Fair Play.
"Kami gembira kerana badan-badan bolasepak merentasi benua mempunyai kesedaran dalam usaha mereka untuk memulihkan masalah kewangan dalam bolasepak di peringkat kebangsaan, sebagaimana yang kami cuba lakukan di peringkat Eropah." 


(Sumber: http://www.goal.com/)