Shearer hairan Capello kekal

Sunday, June 12, 2011
Pengendali berbangsa Itali dikatakan gagal bawa England ke tahap membanggakan


LONDON: Lagenda bola sepak England, Alan Shearer melontarkan 'bom' ke kepada Fabio Capello apabila menyuarakan mana-mana negara kuasa utama bola sepak dunia akan memecat jurulatih seperti itu selepas Piala Dunia.

Penyerang itu berkata: "Capello seorang pengurus yang hebat apabila tiba di negara ini, tetapi dia tidak bekerja sepenuhnya untuk England.

"Dalam tugas ini, anda diadili dan dinilai dalam kejohanan utama dan kejohanan utama adalah di Afrika Selatan (Piala Dunia 2010) dan kami gagal menyinar di sana. Semua orang bersetuju mengenainya.

"Saya fikir jika negara kuasa utama lain mempamerkan prestasi seperti kami, dia sudah pasti dipecat."

Tetapi Shearer berkata seluruh negara kini harus berada di belakang Capello ketika England cuba me-layakkan diri ke pusingan akhir Euro 2012.

Dia menambah: "Apa yang pasti anda tidak boleh memecatnya sekarang. Kami pasti layak, saya cukup yakin."

Jelas pencapaian Capello tetap menjadi bahan bicara dan juga sering dikritik. Baru-baru ini, dia berkata faktor keletihan adalah antara punca mereka seri 2-2 ketika menentang Switzerland dalam sai­ngan kelayakan Euro 2012 di Wembley.

Tapi, ada pengkritik berkata pengendali berbangsa Itali itu lebih suka memberi alasan daripada menyoal sendiri apakah dia menggunakan taktik bijak. - Agensi


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)