Barca tidak akan pecahkan tabung untuk Cesc

Thursday, June 16, 2011


Presiden Barcelona Sandro Rosell telah menegaskan bahawa beliau tidak akan "membuta-tuli" untuk menandatangani kapten Arsenal Cesc Fabregas dan berfikir pemain tersebut tidak akan menyertai Real Madrid.

Pada Mac lepas, Rosell menolak dakwaan bahawa kelab boleh membayar €50 juta untuk menandatangani Fabregas dan berkata, pada masa ini nilainya telah berkurangan berbanding tahun lepas kerana kontraknya semakin hampir untuk tamat.

Rosell kini telah menggariskan bahawa Barca tidak akan menandingi tawaran pada tahun lepas iaitu sebanyak €40 juta.

"Apa yang menghadkan untuk menandatanganinya? Kita akan melihatnya nanti," kata Rosell. "Pertama sekali kami perlu mengetahui berapa bayaran gajinya dan apakah pula syarat-syaratnya.

"Semuanya berkaitan dengan bayaran gaji dan jumla perpindahan, tetapi jika pada tahun lepas kami menawarkan sebanyak €40 juta, kini ia setahun telah berlalu. Adalah jelas bahawa tahun ini nilainya sepatutnya berkurangan.

"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan Cesc, tetapi dalam perkara untuk mendapatkan khidmatnya, kami tidak akan membuta-tuli dan membayar dengan harga yang melampau."

Walaupun Fabregas merupakan salah seorang produk akademi remaja Barca, telah jelas berkeinginan untuk kembali ke Camp Nou, namun terdapat laporan berterusan daripada Real Madrid untuk memasuki bidaan.

Bagaimanapun, Rosell berkata: "Saya tidak rasakan bahawa dia akan pergi ke sebuah kelab Sepanyol yang lain. Cesc adalah Barca, dan jika saya merupakan presiden kelab lain, saya tidak akan menandatangani seorang pemain yang menyayangi pasukan lain."

Penyerang Villarreal, Giuseppe Rossi serta pemain sayap Udinese, Alexis Sanchez juga dipercayai menjadi sasaran mereka pada musim panas ini, dan Barca telah mengumumkan bajet pemindahan musim panas sebanyak €45 juta tambahan kepada mana-mana bayaran hasil daripada jualan pemain. Rosell telah juga mencadangkan agar kelab boleh menggunakan tabung perpindahan 2012 pada musim panas ini jika diperlukan. 


(Sumber: http://soccernet.espn.go.com/)