6 perkara yang Arsene perlu buat & lakukan sekarang...

Wednesday, June 15, 2011
Enam perkara yang Arsene Wenger perlu buat dan lakukan sekarang... pandangan dari peminat Arsenal


Oleh Jamie Nield-Siddall

Untuk membuatkan kabinet sepi Arsenal bergemerlapan dan memperoleh sebuah trofi pertama mereka sejak tahun 2005, apakah yang mampu dijangka oleh para peminat terhadap kempen akan datang?

Mungkin ia masih diperingkat awal untuk tumpuan di dalam jendela perpindahan, tetapi dengan Liverpool dan Manchester United telah berbelanja besar, Chelsea pula bersedia untuk memberi era Ancelotti dengan sebuah wajah baru manakala City…City telah bersedia untuk satu babak baru dalam sejarah mereka sebagai persediaan revolusi yang bakal berlaku di Eastland, dengan mempunyai potensi (kewangan) untuk mewujudkan satu pasukan impian serta menjadi satu kuasa dominan di peringkat dunia.

Maka dengan ini timbul persoalan… Apa yang boleh Arsene Wenger lakukan untuk bersaing meraih sebuah trofi pada musim akan datang? Saya percaya dia akan memegang kepercayaannya yang dia mampu lakukannya dengan caranya sendiri, dan tiba masanya untuk dia mengalah dan berbelanja pada apa yang dia rasa perlu.

Jika dia gagal melakukan pelaburan dalam pembelian pemain berkualiti dan berpengalaman, ditambah lagi dengan kehilangan Cesc Fabregas pada musim panas ini untuk kembali ke tanah airnya, dia akan berhadapan risiko pengguguran dari senarai 4 pasukan terbaik untuk pertama kali semenjak dia mengambil-alih kelab.

Apa yang perlu Arsenal titik beratkan, dan untuk memasang kepercayaan mereka untuk pergi lebih jauh, penulis percaya lima atau enam muka baru telah berada dalam senarai carian seperti pemain pertahanan kiri, pemain pertahanan tengah, pemain tengah, seorang Pires, seorang penyerang terbaik dan seorang penjaga gol.

Dalam penulis menumpahkan pandangan di halaman ini, penulis dapat merasakan bakal kehadiran kritikan tetapi pada pandangan mata penulis, inilah yang mampu dilakukan untuk memastikan gelaran pasukan Liga Juara-juara mereka terus hidup dan melakukan cabaran terhadap pasukan-pasukan utama untuk meraih pencapaian yang diharapkan.

Bila ia melibatkan tentang penjaga gawang, penulis gemar terhadap potensi Szczesny, tetapi kita sedar bahawa kita perlukan pemain yang punyai lebih pengalaman untuk mendapatkan jersi No.1.

Gael Clichy telah berkhidmat dengan baik dalam tugasnya selama 8 tahun berada di kelab tersebut, tetapi dia kelihatan mahu berhijrah keluar dari Emirates, dan secara jujurnya dia memainkan peranan yang amat bermakna dalam posisi tersebut dan peranan baik itu bakal menerima satu perubahan, tetapi penggantiannya mungkin bukan seorang muka baru kerana Kieran Gibbs kelihatan mungkin berpeluang untuk mengisi posisinya.

Chris Samba telah dikaitkan dengan perpindahan ke Utara London, dan pasti akan menambah kemantapan dan kekuatan bagi empat pemain barisan belakang, dan akan berpasangan dengan Vermaelen yang pulih sepenuhnya yang pasti akan memastikan mana-mana penyerang akan berhadapan tugas getir untuk melakukan kerja mereka.

Kini, diperlukan seorang pemain berpengalaman di bahagian tengah, mempunyai kemampuan terjahan keras seperti Viera. Penulis turut menyebut berkaitan dengan pemain yang mempunyai karektor seperti Pirez, seorang pemain yang mampu memberikan kita 15 goal per musim serta bermain di posisi bersebelahan dengan Samir Nasri.

Turut diperlukan adalah seorang penyerang hebat, walaupun Van Persie mempunyai musim yang sensasi pada kempen lepas, namun dia tidak boleh berjaya untuk melakukannya bersendirian dan malangnya Chamakh tidak kelihatan seperti seorang pemain yang sesuai untuk berganding dengannya… maka, berbelanjalah Arsene…

Secara peribadinya saya tidak melihat ia akan berlaku, tetapi jika bos Arsenal itu gagal lagi untuk memenangi sebarang trofi pada musim akan datang, ia mungkin boleh menjadi titik ukuran untuk masa depannya di kelab tersebut.


(Sumber: http://www.footballtransfertavern.com/)