Nasib Arsene Wenger ditentukan peminat Arsenal

Tuesday, June 14, 2011
Pengarah Arsenal, Ivan Gazidis mengakui bahawa masa depan Arsene Wenger di Emirates ditentukan oleh peminat the Gunners.

Oleh Tegar Paramartha

Arsenal kembali mengharungi musim tanpa meraih apa-apa gelaran, tetapi Arsene Wenger tetap mendapat pembelaan oleh pengarah Arsenal, Ivan Gazidis.

Gazidis menyatakan bahawa nasib Arsene Wenger akan ditentukan oleh peminat Arsenal sendiri, tetapi dia tetap memuji Wenger dengan menyebut bahawa tugasnya amat bagus. Gazidis menilai pencapaian Arsenal dengan situasi kewangan pada waktu ini yang telah boleh dikategorikan sebagai sangat memuaskan.

"Arsenal adalah milik peminat, mereka yang akan menentukan keputusan. Jika anda melihat hubungan antara peminat dan jurulatih (Wenger) telah tidak kukuh dari satu masa ke satu masa, dengan itu ia tidak dapat dipertahankan lagi. Tetapi saya tidak melihat hal tersebut terjadi," ujar Gazidis.

"Kami 100 peratus menyokong Arsene, dan saya 100 peratus menyokongya. Saya merasakan bahawa dia melakukan pekerjaan yang menakjubkan di saat-saat getir kelab waktu ini."

"Anda harus ingat bahawa kami telah mampu menyaingi kelab yang memiliki dana yang melimpah-ruah dan pasukan seperti Manchester United yang mampu meraih pendapatan jauh lebih besar dari kami."


(Sumber: http://www.goal.com/)