Wenger beritahu Nasri untuk kekal di Arsenal

Monday, June 13, 2011
Arsene Wenger telah meminta agar Samir Nasri meneruskan khidmat beliau bersama Arsenal dan tidak keluar untuk menyertai Manchester United.

Beberapa bintang di Arsenal telah dikaitkan dengan perpindahan pada musim panas ini selepas kelab mengalami untuk kali yang ke enam tanpa trofi..

Dan Nasri yang berusia 23 tahun setakat ini tidak menafikan mengenai spekulasi bahawa dia dikaitkan dengan perpindahan kepada pesaing utama pasukan iaitu United.


'Kami akan melakukan semuanya untuk mengekalkan Nasri di kelab itu. Hasrat saya adalah untuk dia terus berada di sini,' Wenger memberitahu The Sun.

'Jika dilihat kembali, dia telah melalui perjalanan yang amat panjang bersama kelab dan saya rasa dia masih ada sedikit perkara lagi untuk dilakukan. Inilah kelab yang memberi kerjaya kepada pemain.'

Pemegang saham majoriti kelab iaitu Stan Kroenke sedia untuk meningkatkan tawaran asal Nasri untuk nilai menghampiri £110,000-seminggu seperti yang diharapkannya.


Tawaran baru itu juga difahami termasuk sejumlah bonus keuntungan berkaitan prestasi.

Perbincangan terhadap perjanjian baru telah memenuhi permintaan terhadap gaji Nasri, dengan pemain tengah ini menginginkan lebih £20,000-seminggu daripada tawaran £90,000-seminggu yang telah ditawarkan oleh kelab.

Ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas juga telah dikaitkan dengan penghijrahan keluar dari kelab, dengan Barcelona sebagai destinasi yang paling hampir baginya jika dia meninggalkan Utara London.


'Saya agak jelas tentang perkara ini. Bagi saya, Fabregas telah berada di Arsenal buat sekian lama dan dia akan kekal bersama Arsenal,' kata Wenger.

'Kadang-kala berlaku yang khabar angin yang boleh menjadi faktor untuk pemindahan.

'Tahun depan kita akan menyaksikan pengenalan terhadap sistem Kewangan Fair Play, yang akan menghadkan pemindahan besar.

'Saya rasa ini merupakan tahun terakhir bagi musim panas akan menjadi panas - sangat panas.' .


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)