Gunners tinggalkan Emirates

Sunday, June 12, 2011
Arsenal sepi dalam sesi perpindahan, kini bakal kehilangan beberapa pemain utama

 
LONDON - Dia mengaku akan berbelanja besar pada musim panas ini selepas melalui sebuah lagi musim yang mengecewakan buat Arsenal.

Namun begitu Arsene Wenger masih belum memegang apa yang diperkatakannya.

Sebaliknya pesaing utamanya seperti Manchester United dan Liverpool telah memonopoli tajuk-tajuk akhbar pada minggu ini dengan temasya perpindahan pemain baru mereka yang mana berbeza suasananya di Emirates yang agak sepi.

Lebih buruk lagi, Arsenal bakal kehilangan aset-aset besar mereka.

United telah membuka perbincangan untuk menandatangani pemain tengah Arsenal, Samir Nasri pada khamis, Liverpool pula telah melakukan bidaan £5 juta (S$10 juta) untuk pemain pertahanan kiri Gael Clichy dan spekulasi mengenai Cesc Fabregas untuk merealisasikan mimpinya kembali ke Barcelona telah tersebar luas sepanjang minggu ini.

Menurut The Daily Telegraph, sebuah perbincangan di Manchester United antara pihak ketiga berharap agar dapat memeterai perjanjian bersama Samir Nasri yang berusia 23 tahun, yang hanya mempunyai baki kontrak setahun di Arsenal, mengikut sumber yang terdekat dengannya, telah memberi isyarat untuk meninggalkan Emirates.

Manakala kepulangan Fabregas ke Catalonia telah lama dinantikan, dan pemergian Nasri akan menjadi satu hambatan besar.

Perbincangan masih di peringkat awal, dan masih belum ada hubungan secara rasmi dilakukan di antara kedua-dua kelab.

Tetapi United dijangka akan mempertingkatkan pemburuan mereka terhadap pemain Perancis tersebut selepas Wesley Sneijder, sasaran utama Sir Alex Ferguson yang bakal menggantikan Paul Scholes yang telah bersara, telah mengambil keputusan untuk meneruskan masa depannya di Inter Milan semalam.

"Terdapat suasana seperti sebuah keluarga di Inter dan terdapat semua ramuan untuk sasaran tebih tinggi," kata Sneijder. "Milan sangat menakjubkan, suasana yang menarik dan penuh dengan keindahan. Saya terlalu menyukainya.

"Pada masa ini saya sangat gembira di sini dan saya tidak melihat mengapa saya harus meninggalkannya."

Pemergian Nasri akan menjadi satu lagi pukulan hebat kepada Arsenal.

Pada hari Rabu lepas, mereka terlepas peluang kepada United dalam perlumbaan untuk menandatangani pemain pertahanan Phil Jones dan terdapat ura-ura bahawa Barcelona telah memarakkan semula keinginan lama mereka dalam memiliki semula Fabregas, dengan jumlah tawaran £40 juta.

Pemain pertahanan Barcelona Gerard Pique semalam telah menunjukkan harapannya untuk menyambut kedatangan Fabregas.

Dia memberitahu The Sun: "Dia peminat Barcelona dan ia telah mengalir dalam dirinya sepanjang hidupnya dan dia ingin sekali kembali. Ia akan sangat, sangat bermakna untuk kami.

"Pada tahun lepas, dia seakan-akan hampir kembali namun tidak berlaku. Kini dia seperti mampu kembali sekali lagi namun sekali lagi kami akan terus menanti. Saya berharap pihak atasan boleh melakukannya sebaik mungkin dan membawanya kali ini."

Untuk menambah derita Arsenal, Clichy pula kini berhadapan dengan bidaan yang dilakukan oleh Liverpool yang meninggalkan Wenger hanya dengan pemain pertahanan kiri, Kieran Gibbs.

Sementara para peminat Arsenal mengharapkan nama-nama besar untuk menandatangani perjanjian  pemain baru bersama Arsenal pada musim panas ini, kelab hanya membawa pemain baru berusia 19 tahun, Carl Jenkinson dari Charlton.

Menurut laporan, perbincangan untuk membawa masuk penyerang Lille, Gervinho dan pemain serangan tengah Shakhtar Donetsk, Willian telah sampai ke tahap yang hampir.

The Gunners turut berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan kiri Everton, Leighton Baines dan pertahanan tengah Balckburn, Christopher Samba atau Gary Cahill dari Bolton.

Seorang penjaga gol berpengalaman yang berada dalam agenda mereka turut telah terlepas iaitu penjaga gol Villa, Brad Friedel yang telah bersama dengan Spurs.

Para peminat Arsenal akan terus dalam penantian sehinggalah semua spekulasi dan sasaran tersebut telah menjadi kenyataan. Agensi


(Sumber: http://www.todayonline.com/)