Arsenal letak harga Nicklas Bendtner £12 Juta

Thursday, June 16, 2011
Jumlah £12 juta ditawarkan oleh the Gunners untuk penyerang yang sudah menyatakan niatnya untuk pindah itu.

Oleh Dede Sugita

Jumlah £12 juta ditawarkan Arsenal untuk penyerang Nicklas Bendtner, yang sudah menyatakan niatnya untul keluar dari Stadium Emirates.

Seiring dengan ungkapan pemain kebangsaan Denmark tersebut, terdapat banyak kelab yang dikabarkan tertarik untuk menggunakan khidmatnya.

Selain tiga pasukan besar Serie A seperti Inter Milan, AC Milan, dan Juventus, serta trio Bundesliga; Bayern Muenchen, Borussia Dortmund, dan Hamburg SV, Besiktas (Turki) serta Sporting (Portugal) turut dikatakan mempunyai minat untuk mendapatkannya.

Laporan dari Evening Standard menyatakan bahawa pasukan yang terakhir dalam senarai tersebut telah menawarkan £7 juta untuk pemain berusia 23 tahun itu.

Namun, Bendtner sendiri dikhabarkan lebih untuk memilih Itali sebagai destinasi seterusnya dalam kerjayanya, walaupun tidak menolak kemungkinan melakukan perpindahan ke dari negara lain yang mampu memberi jaminan skuad pasukan utama.

Pada musim lepas, Bendtner hanya melakukan 13 penampilan dalam Liga Perdana dengan sumbangan dua gol. Dalam keseluruhan kejohanan, dia diturunkan sebanyak 28 kali dan menjaringkan sembilan gol pada musim lepas.

Selain daripada kekerapan mengalami kecederaan, Bendtner juga sering berada di bawah bayang-bayang Robin van Persie yang lebih dipercayai oleh pengurus Arsene Wenger.


(Sumber: http://www.goal.com/)