Blaise Matuidi jadi rebutan Arsenal-Liverpool

Wednesday, June 15, 2011
Dua kelab teratas Liga Perdana Inggeris itu bersaing satu sama lain untuk mendapatkan khidmat pemain tambatan St Etienne, Blaise Matuidi.


Oleh Anugerah Pamuji

Nama pemain tambatan St Etienne, Blaise Matuidi menjadi perebutan dua kelab teratas Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Liverpool.

Pemain tengah eksplosif tersebut pada waktu ini sedang mempertimbangkan lanjutan kerjayanya di kelab Ligue 1 Prancis itu. Dia merasakan sudah tiba masanya untuk berada di persaingan yang lebih tinggi lagi dengan bergabung bersama salah satu daripada pasukan Inggeris tersebut.

The Mirror memberitakan bahawa jurulatih the Gunners, Arsene Wenger berani mengeluarkan perbelanjaan sehingga £13 juta bagi Matuidi untuk persediaan berhijrah ke Emirates.

Tetapi di sudut yang lain, Liverpool juga tidak mahu mengalah. Mereka dilaporkan akan menawarkan pakej pertukaran pemain dan sejumlah tawaran yang tidak disebutkan dengan siapa serta jumlahnya.

Liverpool kini sedang melengkapkan skuad mereka terutama di bahagian tengah pasukan yang dianggap belum begitu mantap pada musim lepas.


(Sumber: http://www.goal.com/)