Wenger: Bentner dan Almunia mungkin berpindah

Monday, July 11, 2011

Oleh Chris Harris

Nicklas Bendtner dan Manuel Almunia mungkin akan meninggalkan Arsenal musim panas ini, menurut Arsène Wenger.

Penyerang Denmark dan penjaga gol dari Spanyol itu telah dikaitkan dengan perpindahan di luar Stadium Emirates dan tidak menyertai skuad dalam jelajah Asia.

Bercakap dalam sidang akhbar di Malaysia, Wenger mengakui bahawa kedua-dua pemain akan berpindah keluar dari Arsenal.

"Kedua-dua mereka akan kemungkinan berpindah," kata pengurus itu. "Mereka kini sedang melakukan perbincangan dengan kelab lain. Saya tidak boleh memberitahu anda kelab yang mana."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)