'Malaysia XI' 3 - 6 'Liverpool'

Saturday, July 16, 2011

Serangan berganda dari pemain penyerang David Ngog membantu kemenangan Liverpool di Kuala Lumpur malam tadi – namun mereka terpaksa menahan asakan lewat daripada pasukan tuan rumah sebelum memperoleh kejayaan dalam perlawanan yang menyaksikan sembilan gol dihasilkan.

Pemain Perancis tersebut melakukan jaringan dua kali dalam selang seminit dalam permainan separuh masa kedua sebagai pemain gantian di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memastikan kemenangan kedua Liverpool dalam pra-musim.

Walau bagaimanapun, sepertimana menentang Guangdong Sunray Cave awal minggu ini, pasukan the Reds terpaksa menahan asakan daripada pasukan tuan rumah yang mana menyaksikan Mohd Safee Mohd Sali melakukan dua jaringan lewat yang menjadikan perlawanan itu berlangsung sengit hingga ke babak akhir.

Pemain tengah Mohd Rizal Fahmi menanduk sedikit keluar hasil daripada sepakkan sudut namun Liverpool mengekalkan kelebihan mereka.

Sangat nebarik pada hari ini apabila pemain yang baru menandatangani Liverpool, Charlie Adam telah menandakan dirinya dalam sumbangan gol awal, manakala pemain kebangsaan Argentina Maxi Rodriguez melakukan gol keempat dan kelima serta Kuyt menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Berikutan gol Adam, Liverpool hanya mendahului selama 15 minit sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan.

Ketua pasukan kebangsaan Shafiq Rahim menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan percuma di luar kotak penalti yang menyaksikan penjaga gol Brad Jones ditewaskan tiga minit sebelum separuh masa pertama berakhir.

Selepas separuh masa kedua berlansung, kebangkitan the Reds berlaku. Steve Clarke, mengambil tugas menggantikan Kenny Dalglish yang tidak hadir telah melakukan 11 pertukaran yang memperlihatkan kebangkitan tenaga dan akhirnya membuahkan hasil.

Walaupun permainan agak hambar, keadaan seolah-olah hidup semula di minit ke 20 akhir yang menyaksikan Ngog melakukan dua jaringan serta jaringan Maxi menjarakkan lagi kedua-dua pasukan.

Mohd Sali menggunakan peluang dalam keadaan pertahanan Liverpool teragak-agak untuk menjadikan kedudukan kepada 4-2 sebelum melakukan sebuah lagi jaringan ke atas Martin Hansen menjadikan ia 4-3.

Malaysia hampir menyamakan kedudukan sebelum Maxi mengakhiri kebimbangan Liverpool dengan sebuah tandukan pada masa kecederaan.

MALAYSIA: Sharbinee Allawee, Jasuli, Asraruddin Putra, FadhliMohd Shas, Rahim ©, Rohidan, Shaarani, Hadi Ahaya, Subramaniam, Bakhtiar, Ahmad. Subs: Masril Mat Nourdin (gk), Farisham Ismail, Rizal Fahmi, Faris Ramlan, Faruqi, Safee Mohd Sali, Azmi Muslim, Govandar, Shakir Shaari, Remeli, Mohd Saad, Amirulhadi Zainal, Fahmie Che Mat (gk), Suppiah, Ashaari Shamsudin

LIVERPOOL (separuh masa pertama): Jones, Flanagan, Carragher ©, Agger, Robinson, Coady, Spearing, Adam, Meireles, Cole, Carroll.

LIVERPOOL (separuh masa kedua): Gulacsi (Hansen 69), Kelly, Kyrgiakos, Wilson, Insua, Aquilani, Shelvey, Poulsen, Maxi, Kuyt, Ngog.


(Sumber: http://www.liverpooldailypost.co.uk/)