Safee Sali tidak diturunkan tentang Arsenal

Monday, July 11, 2011
Malaysia akan memanfaatkan perlawanan menentang Arsenal sebagai persiapan menghadapi kelayakkan Piala Dunia 2014 zon Asia.


Oleh Agung Harsya

Bukan hanya Arsenal yang akan memanfaatkan jelajah Asia, tetapi juga tuan rumah Malaysia.

Kedua-dua pasukan akan bersemuka dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur, Rabu (13/7) malam esok. Arsenal membawa skuad tanpa Cesc Fabregas serta pemain baru mereka, Gervinho, tetapi Samir Nasri, Robin van Persie, serta Thomas Vermaelen akan hadir bagi menghiburkan penonton di Malaysia.

Malaysia telah pun melakukan persiapan untuk menghadapi Arsenal, serta Liverpool pada hujung minggu, untuk dijadikan persiapan bagi menguji kekuatan pasukan yang akan menghadapi Singapura pada babak kedua kempen kelayakkan Piala Dunia 2014 zon Asia, pada 23 Julai akan datang.

Jika penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, yang mengalami kecederaan bahu baru-baru ini, akan diberikan lampu hijau oleh Jurulatih Krishnasamy Rajagobal untuk bermain, perkara yang sama mungkin tidak akan berlaku kepada Safee Sali.

"Khairul Fahmi sudah mulai pulih dan akan diturunkan menghadapi Arsenal. Namun, Safee tidak akan diturunkan kerana masih cedera," ujar Rajagobal seperti yang dipetik oleh Bernama.

"Perlawanan ini dan selepas itu menghadapi Liverpool akan menjadi kesempatan yang baik bagi pasukan kebangsaan dan saya yakin dengan kemampuan para pemain muda kami untuk menampilkan yang terbaik pada kelayakkan Piala Dunia zon Asia nanti."

Selain itu, ProEvents selaku pihak penganjur menyatakan telah berjaya menjual 48 ribu tiket perlawanan dari kapasiti 85 ribu tempat duduk stadium. ProEvents yakin sasaran penjualan mereka tercapai kerana 'masyarakat Malaysia gemar membeli tiket di saat-saat terakhir menjelang perlawanan".


(Sumber: http://www.goal.com/)