Wenger: Saya percaya Cesc dan Nasri akan kekal

Monday, July 11, 2011

Oleh Chris Harris

Arsène Wenger percaya Cesc Fabregas dan Samir Nasri akan kekal di Arsenal.

Ketua pasukan itu terus-menerus dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lamanya Barcelona manakala masa depan Nasri terus menjadi tanda tanya apabila pemain Perancis tersebut masih belummenandatangani perjanjian kontrak baru di Stadium Emirates.

Fabregas tidak menyertai jelajah Asia kelab - dia menerima pemulihan di London kerana kecederaan Hamstring - namun Nasri hadir di Malaysia bersama keseluruhan skuad yang lain Ahad lepas. Wenger menjangkakan bahawa mereka berdua akan menjadi sebahagian daripada pemain Arsenal yang akan bertungkus lumus untuk mengejar kejuaraan pada musim 2011/12.

"Yes [I expect Cesc to stay]. As simple as that," said Wenger at a press conference in Kuala Lumpur.

"I have never spoken about what has happened behind closed doors but Cesc loves the Club. We know the Barcelona story goes on for years now and we have to close that. Now we focus on the new season, hopefully with Cesc Fabregas.

"Ya [Saya fikir kedua-duanya kekal]. Sering ada spekulasi jika seseorang pemain itu hanya berbaki setahun dalam kontrak mereka tentang perpindahan keluar tetapi Nasri gembira bersama kelab dan bersedia untuk terus kekal di kelab.

"Saya berharap dia akan menandatangani kontrak baru tetapi bukanlah saya seorang sahaja yang akan melakukan keputusan."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)