Arsenal: Hari pertama di Kuala Lumpur

Monday, July 11, 2011

Oleh Josh James di Kuala Lumpur

Kurang daripada dua jam selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Arsène Wenger, Robin van Persie dan Bacary Sagna telah diberikan debaran kecil tentang apa yang mereka harapkan pada minggu depan, apabila mereka diberi peluang bersama dalam sidang media untuk berkumpul di hotel pasukan.


Lebih daripada 200 pemberita, jurkamera dan jurugambar berhimpun di Ballroom Suite di Hotel Saujana - yang terletak di pinggir bandar KL - yang mana para peminat dengan penuh sifat teruja untuk melihat kehadiran mereka. Penduduk tempatan, memberikan sokongan yang sangat memberangsangkan (mungkin akan ada lebih lagi pada minggu tersebut).

Pemain-pemain turut berasa teruja. Ia merupakan sebuah dunia yang jauh daripada jelajah pra-musim mereka sepanjang sepuluh tahun ini, yang mana ia jauh dari pemandangan gunung-ganang seperti di Austria, dan keseluruhan skuad dirangsangkan dengan suasana baru. Ia sudah tentu menjadi rangsangan yang berbeza selepas melalui penerbangan selama 13 jam.

Waktu di Malaysia adalah tujuh jam awal mendahului London, maka sidang akhbar yang berlangsung pada pukul 2pm merupakan 7am mengikut jam yang dipunyai oleh para pemain. Tiada masa untuk dibuang dengan waktu santai - jadual penuh penjelajahan bermakna pemain-pemain akan bekerja keras sebaik sahaja apabila mereka memperoleh lapangan latihan.


Sidang akhbar diadakan bersama dengan jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Dato' Rajagopal, yang mengaku merupakan peminat setia Manchester United, dan perlawanan persahabatan kedua-dua pasukan menjelang Rabu ini akan mengetepikan jurang kedua-duanya.


Selepas sidang akhbar, kesemua 23 pemain skuad menandatangani autograf selama sejam untuk 200 orang peminat (yang mendendangkan lagu tema Stadium Emirates sementara menunggu di lobi), sebelum melangkah untuk menggalas perut, dan kemudian berpeluang untuk menyepak bola.


Mereka kemudiannya melakukan perjalanan singkat dari hotel menuju ke Stadium Shah Alam yang berkapasiti 60,000 penonton, di mana para pemain mengambil bahagian dalam sesi latihan tertutup, yang mana mereka kembali fokus kepada persediaan musim 2011 / 12. 

Dan dengan suhu lebih daripada 30 darjah Celsius, ia mungkin suasana yang jauh berbeza bagi skuad yang akan kembali melangkah ke keadaan asal menjelang kempen baru nanti.


Lawatan pertama Arsenal ke Asia sejak 1999 telah bermula. Malam esok (Selasa) pasukan tersebut akan melakukan latihan di depan ribuan peminat tempatan di stadium negara bermatlamat untuk mengikat persahabatan merentasi dunia dan persiapan musim baru.
(Sumber: http://www.arsenal.com/)