Wenger: Saya tidak akan laporkan Barca kepada FIFA

Friday, July 15, 2011

Oleh Chris Harris

Arsène Wenger tidak berniat untuk melaporkan Barcelona kepada FIFA berikutan kenyataan Xavi mengenai Cesc Fabregas.

Ketua pasukan Arsenal itu begitu dikaitkan dengan perpindahan ke bekas kelabnya pada musim panas ini dan Xavi telah menambah spekulasi tersebut dengan mendakwa bahawa "Fabregas sangat mahu kembali [ke Barcelona]”.

Wenger telah menyelar bahawa pemain tengah Barcelona tersebut tidak menghormati mereka tetapi, semasa sidang media di China pada Khamis, dia mengaku bahawa dia tidak akan mengambil sebarang tindakan rasmi.

"Saya tidak rasakan kenyataannya cukup besar untuk melaporkan sebuah kelab kepada FIFA," kata Wenger. "Apa yang saya rasakan bahawa ia tidak menghormati kelab dan Cesc. Saya tidak akan melakukan lebih dari itu.

"Ia tidak akan berakhir, sudah tentu. Jika ada perundingan perpindahan diantara dua kelab, saya tidak rasakan ianya baik jika pemain keluar [dan memberikan kenyataan]. Malangnya dalam kes ini, ia telah berlaku untuk beberapa kali. Ia tidak akan membantu untuk menyelesaikan masalah.

"Xavi tidak sepatutnya bercerita mengenainya dan saya tidak nampak ianya perlu, kecuali andai dia punyai kerja rasmi untuk melakukannya kepada Barcelona. Saya tidak nampak kenapa dia perlu pergi ke laman web [rasmi Barcelona] dan mengeluarkan kenyataan demikian."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)