Arsenal: Hari ke-2 di Kuala Lumpur

Wednesday, July 13, 2011

Oleh James di Kuala Lumpur

Selepas sehari jelajah tersebut, kehadiran Arsenal di Malaysia telah disaksikan sendiri oleh orang ramai..

The Gunners menjadi tajuk-tajuk utama dalam akhbar besar tempatan, The Star, dan kegilaan tersebut memuncak menjelang malam yang mana 30 ribu peminat memenuhi stadium nasional untuk melihat mereka membuat latihan.

Nama setiap pemain yang memasuki padang akan diumum apabila mereka memasuki padang (terutama Robin, Samir dan Jack), serta petugas-petugas untuk skuad turut menerima sorakkan dan tepukan.

Ini merupakan sesi latihan hari kedua yang mana latihan sebelum ini kelihatan senyap namun tiada kekurangan dalam infrastrukturnya namun diadakan secara tertutup di dalam sebuah stadium yang menarik, Stadium Shah Alam. Ia melibatkan latihan seperti joging, larian ulang-alik, latihan pergerakan serta latihan permainan pantas.

Sesi latihan itu dijalankan dalam masa sejam dengan suhu kira-kira 30 darjah selsius (dengan 70 peratus faktor kelembapan) yang agak memberatkan. Ia ditambah pula dengan kesan keletihan sepanjangn penerbangan yang masih belum hilang (yang mana sesi latihan tersebut berlaku pada 4am waktu UK.

Ini merupakan sebahagian daripada cabaran yang terpaksa di hadapi oleh skuad untuk pra-musim. Dalam sesi latihan perlawanan, Vito Manone menjadi penjaga gol dalam perlawanan antara pemain pertahanan menentang pemain serangan yang mana kelihatan pemain pertahanan akan turut bergerak ke hadapan.

Vito kemudian berkata bahawa pemain hadapan biasanya mengambil masa selama beberapa minggu untuk mendapat semula teknik sepakan mereka pada awal pra-musim. Mungkin juga pada waktu ini mereka menyimpan kemampuan menjaring sebenar mereka untuk perlawanan pada malam esok. 


Selepas sesi latihan, tiba masanya untuk sesi menjamu selera serta temujanji bersama media. Theo, Alex, Wojciech dan Jack telah dikerumuni oleh ribuan peminat dalam aturcara Nike dalam kompleks membeli belah tempatan manakala Tomas, Carl dan Andrey menaiki Menara Petronas sebagai salah satu acara untuk segmen dalam Arsenal Player.

Manakala di hotel pasukan, Arsene Wenger melakukan sesi Q&A bersama 50 ahli perbiagaan Malaysia.

Pengurus itu sekali lagi membuat demonstrasi melalui kemampuan berucapnya, mendiskusikan bagaimana pengurusan bolasepak sangat berkait rapat dengan pengurusan perniagaan. Dia menjawab pertanyaan berkenaan bagaimana mengatasi sikap ego, sama ada dia akan kembali menilai tektik-tektiknya semasa pasukan mengalami kekalahan dan bagaimana dia mencari keseimbangan di antara kejayaan dalam perniagaan dan penghasilan seni yang baik dalam permainan, serta turut memetik kata-kata ahli falsafah terkenal ("Satu-satunya cara berurusan dengan kematian adalah dengan manjadikan setiap hari itu sebagai seni" jawapannya bagi soalan terkemudian).

Penonton terpukau lalu berdiri dan memberikannya tepukan. Jika jelajah kali ini lebih kepada mempromosikan imej kelab untuk pengkalan peminat baru terutamanya berkenaan dengan permainan bola sepak, maka kehadiran Arsène dalam acara sebegitu adalah sangat berharga. Ia sukar untuk membayangkan mana-mana pengurus lain di dunia, apatah lagi dalam Liga Perdana, melakukan perkara sedemikian bersama 50 ahli perniagaan di Asia.


(Sumber: http://www.arsenal.com/)