Wenger - Kenapa pemain memakai vest GPS

Friday, July 15, 2011
 
Oleh Giuseppe Muro

Pemain-pemain Arsenal akan memakai vest GPS semasa perlawanan pra-musim pada musim panas ini untuk memabntu dan meningkatkan paras kecergasan mereka, terang Arsène Wenger.

Alatan itu digunakan untuk pertama kali pada musim panas lepas dalam perlawanan persahabatan di Barnet dan sekali lagi kelihatan menggunakannyasemasa perlawanan menentang Malaysia XI pada Rabu lepas.

Vest tersebut mengesan dan merakam pergerakan individu pemain di atas padang dan turut mengukur kadar jantung dan membantu untuk mengelak kecederaan yang dilakukan oleh lebihan kerja oleh pemain.

“Kami menggunakannya dalam perlawanan persahabatan kerana ia memberikan kami petunjuk akan paras keletihan pemain dan sejauh mana yang mereka mampu,” kata Wenger.

“Ia sangat penting bagi kami untuk meningkatkan kecerdasan pemain dalam pra-musim.

“Kami tidak dibenarkan untuk memakainya dalam Liga Perdana. Ia telah digunakan pada waktu ini dalam perlawanan Liga Perdana tetapi ia tidak mengukur terus kepada pemain.”


(Sumber: http://www.arsenal.com/)