Sagna - Malaysia XI berikan ujian yang baik kepada kami

Thursday, July 14, 2011

Oleh Chris Harris

Bacary Sagna mengakui bahawa Arsenal telah menerima kerjasama yang baik oleh skuad Malaysia di Kuala Lumpur Rabu tersebut.

Pemain pertahanan dari Perancis tersebut memasuki padang selepas berada di bangku simpanan pada separuh masa ke dua apabila pasukan pelawat ini menang 4-0 di hadapan penonton yang mencecah 70,000 orang. Dengan jaringan oleh Aaron Ramsey, Theo Walcott dan Carlos Vela untuk Arsenal, Tomas Rosicky menabah jaringan ke empat di minit-minit akhir perlawanan.

Sagna kelihatan cergas dalam penampilan pertamanya dan dia percaya bahawa Malaysia XI merupakan pasukan yang sangat sesuai bagi tahap seawal ini bagi musim panas mereka.

"Pemain-pemain mereka bekerja keras hingga menjadikan separuh masa pertama itu begitu sukar" kata Sagna. "Selepas itu mereka kelihatan mula keletihan namun begitu saya rasakan kami turut bermain bersama sebuah pasukan yang baik hari ini.

"Kami bermain dengan cara terkawal tetapi mereka juga melakukan dengan baik. Kami sedang melakukan persiapan untuk musim baru tetapi mereka sedang menghadapi kejohanan."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)