Arshavin - Kenapa saya merasa terhibur dalam jelajah Asia

Friday, July 15, 2011

Oleh Chris Harris

Ini merupakan pra-musim ketiga ARshavin sebagai pemain Arsenal dan inilah saat-saat yang paling menghiburkannya.

Pemain tengah Rusia tersebut telah mendarat ke Chinea pada Khamis bersama keseluruhan skuad dalan jelajah mereka berikutan kejayaan semasa berada di Malaysia.

Arshavin telah menunjukkan kemampuan padangnya - melakukan hantaran untuk membantu jaringan gol ke empat dalam pembukaan pra-musim untuk perlawanan persahabatan - turut memainkan peranan besar dalam aktiviti luar padang seperti perjalanan ke Menara Bekembar Petronas di Kuala Lumpur.

"Biasanya pra-musim adalah masa yang paling mencabar setiap tahun bagi setiap pemain," kata Arshavin. "Namun begitu perjalanan yang kami lalui pada waktu ini sangat baik bagi semua orang - untuk pemain, kakitangan, peminat, keseluruhan kelab.

"Itulah sebabnya kenapa saya sangat terhibur dengan apa yang Arsenal lakukan seperti hari ini untuk pertama kali sejak Arsène Wenger menyertai Arsenal.

"Mungkin sebagai persedian adalah berbeza kerana kami melalui perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpeluang untuk melakukan sesi latihan dua kali sehari, sebagaimana yang kami lakukan kebiasaannya. Namun bagi para pemain, ia lebih baik kerana kami tidak berada sekadar di satu tempat yang sama atau sekadar berlatih.

"DI sini kami berpeluang untuk melancong, bertemu dengan orang-orang yang berbeza, melihat reaksi para peminat dan melihat sendiri budaya yang berbeza. Untuk pemain ianya sangat bagus."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)