Van Persie - Kami harus menangi sesuatu

Wednesday, July 13, 2011

Oleh Chris Harris

Robin van Persie tidak kisah apa yang akan dimenangi Arsenal pada musim ini - asalkan Arsenal menang sesuatu.

Pemain dari Belanda itu telah membawa Piala FA ke Utara London pada 2005 dan kini sedang menanti untuk kejayaan pertama seterusnya sebagai pemain Arsenal. Van Persi sering hampir untuk memperoleh sesuatu, bukan sahaja jaringannya pada Piala Carling musim lepas, namun kekucar-kaciran untuk mempertahankan potensi tersebut telah menyebabkan dia kehilangan peluang untuk merangkul sebarang kejayaan.

Kini pemain Belanda yang berusia 27 tahun itu mengetahui bahawa inilah masanya untuk memperbaiki kesilapan musim lepas dan dia kini mesti memastikan Arsenal beroleh kejayaan.

"Paling kurang pun Arsenal kena menangi sesuatu," kata Van Persie. "Tak kisahlah apa pun ia. Kami telah menjejaki peringkat akhir beberapa kali, begitu juga separuh akhir, maka ini masanya untuk menangi sesuatu. Semoga kami boleh mencapainya pada tahun ini.

"Mungkin kami harus fokus bila tiba saatnya Februari menjelang tiba kerana pada masa tersebut kami sering menghadapi kesukaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkin kami perlu lebihkan perhatian pada waktu tersebut. Kebanyakkan pemain kami telah kembali dari sekarang hingga Januari. Apabila kita hendak memenangi sesuatu, musim itu bermula pada akhir Februari. Ia adalah suatu masa yang mana kami perlu bermain dengan lebih baik lagi atau lakukan sesuatu yang lebih berbeza."

Van Persie merupakan seorang penyerang yang paling hangat di Eropah pada tahun ini - dia menjaringkan 18 gol bermula dari 1 Januari sehinggalah tamatnya musim lepas dan turut menjaringkan 9 gol dalam perlawanan tempat lawan di Liga Perdana. Dia mahu menebus apa yang telah tercicir apabila kempen baru akan bermula bulan hadapan..

"Bagi saya, ia adalah kali pertama saya bekerja keras pada Februari atau mungkin lebih awal daripada itu. Saya aturkan diri saya untuk sebuah matlamat sejauh mana yang saya mampu," katanya.

"Setiap orang perlu mencari helah mereka sendiri, bekerja keras untuk memaksa diri mereka sendiri bermain lebih baik daripada apa yang pernah mereka lakukan. Itulah apa yang saya lakukan. Saya berharap agar kami boleh melakukannya sebagai sebuah pasukan kerana kita akan lebih kuat sebagai sebuah pasukan berbanding secara individu."


(Sumber: http://www.blogger.com/)