Xavi mengarut: Wenger

Friday, July 15, 2011

PENGURUS the Gunners, Arsene Wenger menempelak pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez selepas pemain itu mendakwa Cesc Fabregas ‘terseksa’ di Arsenal.

Pengendali berusia 62 tahun itu berkata, kenyataan Xabi itu bukan sahaja mengarut malah tidak menghormati kelab itu.

“Ia tidak benar sama sekali. Ini bukanlah kali pertama Xabi tidak menghormati Arsenal.

“Dia perlu tahu, Fabregas masih mempunyai baki kontrak bersama kami dan kami akan menyimpannya di kelab ini,” katanya. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)