'Gervinho mampu berikan sumbangan besar'

Friday, July 15, 2011

Oleh Chris Harris

Arsène Wenger percaya bahawa Gervinho mampu memberikan "sumbangan besar" kepada bahagian serangan Arsenal's musim ini.

Bintang dari Ivory Coast itu telah menyetujui perjanjian bersama Arsenal, kini terlibat dengan proces biasa dalam perpindahan, namun kini dia sedang berada di London untuk usahanya untuk meningkatkan kecergasan manakala Wenger dan pasukan utamanya masih meneruskan jelajah mereka ke Asia.

Gervinho adalah watak penting kepada Lille's dalam Liga Perancis dan kejayaan piala berganda musim lepas dan Wenger menjangkakan dia mampu menambah kecemerlangannya, melalui gerakkan dan jaringan gol kepada skuad Arsenal.

"Dia punyai kualiti yang sangat diharapkan," kata Wenger. "Dia punyai gerakkan menarik bersama bola, dia juga punyai kepantasan. Dia mampu bermain di atas, kiri atau kanan.

"Dia mampu menjaringkan gol, boleh membantu dalam jaringan dan telah menjadi pemain pembantu tebaik dalam penghasilan gol di Liga Perancis pada tahun lepas. Saya rasakan dia mampu memberi sumbangan besar dalam permainan serangan kepada pasukan."

"Dia punyai kemampuan sebagaiamana Theo Walcott, mereka punyai pergerakkan yang baik," kata Wenger. "Saya rasakan Theo boleh bermain di sebelah kiri, kanan dan atas. Dia punyai kebolehan yang serupa serta penyudah."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)