Kami sangat bercita-cita, maka kami kekalkan Nasri

Wednesday, July 13, 2011

Oleh Chris Harris

Arsène Wenger tidak mempunyai sebab untuk menjual Samir Nasri kerana katanya ia akan melemahkan Arsenal sebagai sebuah kelab yang bercita-cita tinggi.

Pemain tengah dari Perancis tersebut akan menamatkan kontrak semasanya pada musim panas depan dan penolakannya untuk menandatangani perjanjian baru telah meniupkan gelombang spekulasi mengenai masa depannya bersama kedua-dua kelab dari Manchester mengenai persaingan mereka untuk mendapatkan tandatangan Nasri.

Secara teorinya Arsenal lebih rela menjual pemain berusia 24 tahu itu daripada kehilangannya secara percuma di akhir musim nanti, tetapi Wenger tidak melihatnya sedemikian. Dia mendakwa bahawa kelab memerlukan Nasri lebih daripada nilai kewangan - sebab itulah menjualnya tidak menjadi agenda bagi Arsene Wenger.

"Situasi Samir sangat jelas bagi saya - dia akan kekal," nyata Wenger semasa bercakap dengan Wartawan di Malaysia.

"Saya telah beritahu anda bahawa kami dalam situasi yang mana kami boleh berkata 'Tidak'. Dan kami akan lakukannya [dalam kes Nasri]."

Wenger telah mempertaruhkan Nasri kepada tanpa jaminan untuk menendatangani kontrak baru yang bernilai £20 juta - bayaran yang mana telah disediakan oleh kelab yang memilihnya.

"Anda orang yang sama yang menegur kerana saya tidak berbelanja dan kini anda menegur saya untuk membelanjakannya!" balas Wenger.

"Ia adalah kemahuan kelab," terusnya. "Bayangkan dalam keadaan yang negatif - kita kehilangan Fabregas dan Nasri - anda tidak mampu meyakinkan orang lain bahawa anda mempunyai cita-cita selepas itu.

"Dan jika anda kehilangan Nasri, untuk mendapatkan pemain yang mempunyai kualiti yang sama, anda perlu berbelanja lagi untuk jumlah wang yang sama. Kerana kita tidak boleh katakan bahawa kita kehilangan pemain dan kita tidak gantikannya.

“Saya percaya bagi kami ia sangat penting mesej yang kami tunjukkan - sebagai contoh jika Fabregas keluar, Nasri pun keluar - jika anda berikan mesej sedemikian anda tidak boleh mengatakan bahawa anda adalah sebuah kelab besar.

“Kerana sebuah kelab besar mementingkan pemain besar mereka dan memberi amaran kepada kelab besar yang lain bahawa bukan mudah bagi mereka untuk mengambil pemain dari anda.

“Kami bekerja keras bersama pemain-pemain ini selama beberapa tahun untuk membina kemahiran mereka dan tiba masanya untuk kami mengekalkan mereka bersama.”


(Sumber: http://www.arsenal.com/)