Malaysia XI gagal tandingi kuasa tembakan Arsenal

Thursday, July 14, 2011

KUALA LUMPUR, July 13 (Bernama) - Arsenal memulakan pra-musim jelajah Asian mereka dengan kemenangan 4-0 ke atas Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Rabu.

Aaron Ramsey memberikan jaringan pertama Arsenal dari sepakan penalti pada minit ke-5 dan Theo Walcott menambah gol kedua pada minit ke-37 yang telah meletakkan Arsenal berada dalam kedudukan selesa sepanjang separuh masa pertama.

Carlos Vela, yang telah kembali ke Arsenal dari pinjaman pada musim lepas menjadikannya 3-0 pada minit ke 59 manakala Tomas Rosicky menambah jaringan terakhir dengan menanduk bola masuk ke gawang gol pada babak akhir perlawanan persahabatan tersebut..

Kieran Gibbs memulakan kemunculannya di bahagian pertahanan kiri selepas Gael Clichy berpindah ke Manchester City, dan membuat persembahan yang sangat baik dalam posisi tersebut manakala Thomas Vermaelen memulakan kemunculannya di bahagian pertahanan tengah selepas terlepas peluang untuk muncul pada musim lepas akibat kecederaan panjang.

Selain daripada S. Kunalan, pemain Malaysia gagal menyinar bagi skuad yang telah memenangi Piala Suzuki AFF tahun lepas.

Sepakan penalti Aaron yang telah menewaskan Mohd Nasril Nourdin ke gawang memberi tepukan gemuruh dari 50,000 peminat tempatan yang mana telah berkumpul seawal pukul 5pm untuk melihat pemain kegemaran mereka.

Dominasi Arsenal di bahagian tengah serta hadapan memaksa jurulatih pasukan kebangsaan Datuk K. Rajagobal melakukan beberapa pertukaran dengan membawa masuk Badrol Bakhtiar untuk menggantikan Amirul Hadi, penjaga gol pilihan pertama Khairul Fahmi dan penyerang Abdul Hadi Yahya untuk menggantikan Ahmad Fakri Sarani.

Walau bagaimanapun kehadiran mereka gagal untuk mengubah kesudahan permainan pasukan mereka.

Malaysia akan berhadapan dengan sebuah lagi kelab Perdana Inggeris, Liverpool pada hari Sabtu nanti di stadium yang sama.

(Sumber: http://www.bernama.com/)