Wenger: 'Pemain baru tunjukkan kualiti'

Thursday, July 14, 2011

Tentang perlawanan baik menentang Malaysia...
Kami tidak mengalami sebarang kecederaan dan kami mendapat keputusan yang bagus. Keseluruhannya apa yang penting bagi kami adalah bersedia secara perlahan-lahan. Saya percaya secara teknikalnya kami melakukannya dengan baik untuk perlawanan pertama kami. Secara fizikalnya kami agak keletihan tetapi apa yang penting dalam waktu begini pada musim ini adalah untuk mengembalikan cara permainan kami dan ianya sangat memberangsankan.

Pada separuh masa pertama ianya agak sukar berbanding di separuh masa ke dua kerana pasukan kami terganggu dengan banyak perubahan. Namun begitu kami bermain dengan tahap yang baik pada separuh masa pertama dan mereka bermain dengan berhati-hati. Saya rasa mereka [Malaysia] bertahan dengan begitu kukuh dan sangat menjaga bahagian kotak penalti mereka. Mereka memperoleh beberapa peluang namun mereka hilang sedikit ketenangan dalam suku terakhir perlawanan.

Mengenai Jenkinson dan Miyaichi...
Jenkinson telah menunjukkan kemampuan dan pemilihan keputusan yang betul. Ryo Miyaichi turut menunjukkan qualiti baiknya, dia sentiada ada, kerap memberi ruang kepada orang lain, dan bekerja dengan begitu keras. Kedua-dua mereka telah mempersembahkan kualiti yang sangat menarik.

Tentang Samir Nasri...
Dia sering punyai attitud yang yang baik. Kami adalah sebuah kelab yang besar dengan jumlah pemain muda berpontensi yang ramai maka kami berhadapan dengan banyak khabar angin dan spekulasi. Namun ia tidak banyak menjejaskan apa yang berlaku di dalam kelab. Kami mesti berhadapan dengan itu semua dan anda akan melihat bilamana dia [Samir] beraksi jika tidak diganggu oleh perkara-perkara demikian.

Tentang samada ahli lembaga menyokong keputusannya mengekalkan Nasri...
Saya rasa begitu, saya percaya ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Ia merupakan keputusan secara teknikal. Dari sudut lain orang berkata bahawa saya tidak berbelanja dan apabila saya melakukannya mereka akan berkata bahawa saya berbelanja terlalu besar. Sukar untuk emilih yang mana satu. Apa yang penting adalah kelab mempunyai sebuah skuad yang bagus dan mempunyai keadaan kewangan yang kukuh. Keputusan ditentukan melalui batas kewangan tetapi bukan semata-mata kerananya. Apa yang paling penting adalah sesebuah pasukan itu tepat dan keadaan keawangan juga baik.

Tentang bagaimana reaksi peminat terhadapnya…
Saya percaya semua prang yang meminati Arsenal mahu kesemua pemaik terbaik kekal dalam kelab.

Tentang Malaysia…
Apa yang baiknya adalah kami kami sentiasa bersama, kami telah menemui sebuah negara baru, kami juga temui bagaimana kami sangat disayangi di Asia yang mana tidak disedari oleh kebanyakan pemain. Kami telah mempelajari bahawa kecitaan mereka di sini sangat tulin, penuh minat serta mangagumkan.

Tentang samada orang yang akan mencontohi Jack Wilshere pada musim ini…
Ia terlalu awal bagi saya. Saya seorang pengurus bolasepak, malangnya bukan seorang yang diutus. Kami gembira mendapat semula pemain seperti Ramsey, yang mana telah tidak bermain sepanjang musim dan begitu juga Vermaelan. Semoga mereka mendapat musim terbaik mereka.

Mengenai pendapatnya tentang Malaysia XI…
Mereka sangat cergas, bermotivasi dan sangat terancangg di bahagian pertahanan. Namun mereka agak lemah di bahagian serangan sebagai sebuah pasukan namun mereka sangat menakjubkan. Mereka berubah daripada bertahan kepada serangan dengan begitu pantas yang mana ianya bagus tetapi di suku terakhir perlawanan anda dapat melihat jurang besar diantara kedua-dua pasukan.

Tentang sasarannya pada musim yang baru…
Sasarannya adalah memenangi Liga Perdana. Ia merupakan asas kepada sasaran kami.


(Sumber: http://www.arsenal.com/)