'Miyaichi menjadi satu kejutan besar'

Monday, July 11, 2011

Oleh Giuseppe Muro

Arsène Wenger sangat teruja berkenaan dua pemain terbarunya yang ditambah ke dalam skuad tetakat ini pada musim panas.

Wenger memberitahu Arsenal.com pada Jumaat agar Ryo Miyaichi akan ditekankan ke dalam skuad utama pada musim depan berikutan tempoh pinjaman yang berjaya ke Feyenoord. Dia turut berpendapat bahawa perjanjian musim panas bersama Carl Jenkinson akan memberi cabaran kepada Bacary Sagna untuk posisi pertahanan kanan selepas remaja itu berpindah dari Charlton Athletic.

Keuda-dua pemain akan berpeluang untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam sarungan jersi Arsenal semasa jelajah Asia kelab nanti.

“Ryo telah menjadi kejutan besar buat kami,” kata Wenger ringkas selepas tiba di Malaysia. “Dia melakukannya dengan sangat baik di Feyenoord selepas secara dasarnya dia datang dari sekolah bolasepak.

“Dia merupakan prospek yang sangat mempersonakan kerana dia pantas dan mempunyai kepantasan daya fikir.

“Jenkinson turut pemain yang menarik. Kami perolehinya dari Charlton dan kita berharap dia akan memberi cabaran kepada Sagna.”

Seseorang yang turut bakal memberi wajah baru buat skuad utama Arsenal adalah Emmanuel Frimpong. Pemain tengah tersebut berpeluang bersama skuad pada musim lepas sebelum mengalami masalah kecederaan lututThe combative midfielder looked a shoo-in for first-team opportunities last season before a knee injury yang akhirnya telah membataskan penampilannya dalam kemunculan di Liga Perdana.

“Kami sangat gembira apabila mandapat khidmat Frimpong kembali kerana dia telah memulakan kerjayanya dengan baik pada musim lepas tapi malangnya dia terlibat dengan kecederaan,” kata Wenger.



(Sumber: http://www.arsenal.com/)