Gervinho setujui perjanjian sertai Arsenal

Monday, July 11, 2011

Kelab Bolasepak Arsenal telah mengumumkan bahawa pemain penyerang kebangsaan Ivory Coast semakin hampir menmyertai the Gunners, tertakhluk kepada aturan proses.

Gervinho, 24, akan tiba di Arsenal dari kelab liga Perancis, Lille yang mana ida telah membantu memenangai kejayaan berkembar dari Ligue 1 dan Coupe de France musim lepas dengan 15 gol dalam 40 perlawanan.

Kempen tersebut telah melengkapkan kejayaan 2 tahun Gervinho yang telah menjaringkan 28 gol dalam 67 penampilan bagi skuad Les Gogues itu. Sebelum menyertai Lille, Gervinho telah menikmati 2 tahun kerjayanya bersama Le Mans, yang turut berada dalam Ligue 1.

Dalam aksi antarabangsa, Gervinho telah mengetuai Ivory Coast di sukan Olimpik Beijing pada 2008 dan turut mewakili negaranya di Piala Dunia 2010., menjaringkan dua kali selepas 3 kali dimasukkan dari bangku simpanan sepanjang kelayakkan hingga ke peringkat akhir. Sehingga hari ini, Gervinho telah melakkan 27 penampilan untuk skuad Les Eléphants tersebut dan menjaringkan enam gol.

Pemain penyerang itu datang daripada akademi remaja yang sama dengan seorang lagi pemain Ivory Coast - Emmanuel Eboue, sebelum melangkahkan kaki untuk menyertai pasukan dari Belgium, KSK Beveren.


(Suber: http://www.arsenal.com/)