Van Persie - Ini akan jadi tahun terbaik saya

Friday, July 15, 2011
 
Oleh Chris Harris

Robin van Persie merasakan dia punyai sepuluh tahu lagi untuk menyerlah dan percaya tahun berikut akan menjadi tahun yang baik untuknya.

Pemain penyerang Belanda tersebut akan bersuia 28 tahun pada kempen 2011/12 dan, dengan pencapaian pada musim lepas, dia menghampiri puncak. Van Persie telah dibelenggu dengan kecederaan pada masa lepas namun sejal memasuki tahu baru, dia telah melakukan 18 gol - menyamai rekod dalam liga Inggeris di separuh masa kedua musim tersebut.

Apabila musim baru bermula di Newcastle pada 13 Ogos, Van Persie mahu terus meneruskan rekod yang dipunyainya selepas menjaringkan sembilan gol dalam Liga Perdana di tempat lawan.

Seperti sebelum ini faktor pengaruh kecerdasan pemain Belanda itu membantu kejayaan Arsenal namun begitu dia merasakan bahawa dia akan terus berusaha gigih.

"Saya telah menjejaki usia 27 tahun pada tahun lepas dan semua orang menjangkakan bahawa saya akan melakukan permulaan yang baik dalam musim tersebut dan meningkat bermula dari situ," Van Persie memberitahu Arsenal.com. "Namun saya terlibat dengan kecederaan dan memerlukan masa untuk pulih.

"Pada bahagian kediua musim lepas, saya telah menjaringkan 18 gol Liga Perdana dan ia agak ganjil. Kita tidak boleh dengan sambil lewa menyatakan bahawa kita akan menghadapi tahun terbaik kita kerana kita tidak tahu bagaimana ia akan berlaku. Jika ia memihak kepada kita, maka saya percaya ia mampu menjadi tahun terbaik buat saya.

"Apa yang saya lihat pada waktu ini adalah saya sedang berada di dalam pertengahan kerjaya saya sekarang. Saya telah bermain selama sepuluh tahun. Sudah tentu saya mahu memenangi sesuatu namun kejayaan tidak datang begitu sahaja. Saya cuma sebahagian daripada perjalannya namun ia tetap bergantung kepada banyak perkara."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)