Ramsey - Inilah masanya

Wednesday, July 13, 2011

Oleh Giuseppe Muro

Aaron Ramsey kini sedang mengintai peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama bagi pemain bahagian tengah Arsenal musim ini.

Ketua pasukan Wales tersebut telah kembali dalam skuad Arsène Wenger’s pada penghujung musim lepas dan telah menunjukkan tanda-tanda bahawa dia telah kembali dalam tahap terbaiknya dengan persembahan kemenangan mengatasi Manchester United di Stadium Emirates.

Sebelum mengalami kecederaan teruk di kaki, Ramsey merupakan salah seorang pemain yang mempunyai masa depan sangat cerah dalam Liga Perdana dan kini dia mahu membina kembali apa yang telah dia hilang dan menjadikan dirinya sebagai pemain skuad utama pada musim yang bermula pada bulan Ogos.

“Sudah tentu, ia perkara yang mahu saya lakukan,” katanya kepada Arsenal.com. “Ia merupakan sebuah peluang untuk saya kini dan satu-satunya perkara yang menjadi matlamat saya.

“Saya akan memberikan segalanya untuk memulakan musim ini dan saya berharap kekal bersama pasukan. Saya mahu menjadi pemain utama, dan jika diberikan peluang itu, saya akan lakukan yang terbaik.”

“Pada penghujung musim lepas, saya kembali ke skuad, saya melakukan persembahan yang baik jadi saya berharap agar saya menghadapi pra-musim yang baik dan menghasilkan persembahan yang terbaik juga.”


(Sumber: http://www.arsenal.com/)