Skuad jelajah Asia Arsenal diumum

Sunday, July 10, 2011

Pengurus Arsenal Arsène Wenger telah menamakan skuad terbaik dari 23 pemain yang akan mengikuti perjalanan ke Timur jauh pada Ahad untuk lawatan antarabangsa pertama mereka sejak 12 tahun.

Hampir kesemua nama besar kelab akan melakukan perjalanan tersebut kecuali ketua pasukan Cesc Fabregas yang terus dibelenggu dengan masalah hamstring pada akhir musim lepas. Pemain yang baru menandatangani dari Lille, Gervinho belum melengkapkan perpindahannya pada masa perjalanan tersebut untuk mengikuti skuad the Gunners ke Malaysia.

Pemain sayap remaja yang berasal dari Jepun, telah dimasukkan ke dalam skuad setelah menonjol di dalam latihan pra-musim. Dia menyertai skuad bersama seorang lagi remaja iaitu Emmanuel Frimpong dan pemain pertahanan Carl Jenkinson yang baru menandatangani perjanjian dari Charlton pada musim panas ini.

Arsenal akan berdepan dengan Malaysia XI di Kuala Lumpur pada Rabu (sepak-mula 8.45pm waktu tempatan) dan kemudian akan mengikuti penerbangan ke Hangzhou di China untuk menentang Hangzhou Greentown pada petang Saturday (sepak-mula 7.30pm waktu tempatan).

Wenger berkata: "Liga Perdana sangat masyhur di Asia dan Arsenal adalah sebuah pasukan yang sangat terkenal di Asia. Kebanyakkan pemain tidak pernah menjejakkan kaki ke sana, maka kami sangat teruja mengenainya. Ia pengalaman yang sangat berguna kepada pasukan.

"Anda mungkin menjangka untuk melihat ramai peminat Arsenal, tapi bagi pihak kami, kami menjangka kami mampu memberi hiburan dan keseronokan kepada mereka yang datang dan menonton permainan kami."


Skuad Arsenal yang akan hadir di Kuala Lumpur:


(Sumber: http://www.arsenal.com/)