Tiket saingan Malaysia,Arsenal masih ada

Monday, July 11, 2011
SUBANG - Tiket bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dengan Arsenal, esok masih ada.

Ketua pegawai eksekutif penganjur perlawanan ProEvents International Sdn. Bhd. (ProEvents) Julian Kam berkata, setakat ini, kira-kira 48,000 tiket sudahpun dijual.

"Walaupun jualan tiket agak lembap, namun ia menunjukkan peningkatan daripada 16,500 bulan lepas kepada 48,000 baru-baru ini.

"Saya yakin tiket akan habis dijual kerana rakyat Malaysia gemar membeli pada saat-saat terakhir," katanya, semalam.

Meskipun venue perlawanan, Stadium Nasional di Bukit Jalil, mampu memuatkan 100,000 penonton, penganjur mengehadkan tiket kepada 85,000.

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 boleh didapati di kedai sukan Nike yang terpilih serta Tiketpro.

Malaysia akan menentang Arsenal, esok bermula 8.45 malam. - Bernama


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)