Van Persie tidak sabar lawatan ke China

Thursday, July 14, 2011

Oleh Giuseppe Muro

Arsenal melalui penerbangan ke China pada Khamis untuk perlawanan kedua jelajah pra-musim Asia mereka dan Robin van Persie turut menjangkakan sambutan yang akan diterima.

Pasukan Arsène Wenger's telah berhadapan dengan Malaysia XI pada malam Rabu yang telah memberikan mereka keputusan yang memberangsangkan untuk memberikan mereka sedikit kelegaan dalam perjalanan panjang mereka di Timur jauh.

Van Persie dan keseluruhan skuad kini menuju ke utara untuk satu lagi perlawanan persahabatan menentang Hangzhou Greentown pada hari Sabtu dan penyerang Belanda tersebut kini berfikir akan pertemuan bersama peminat-peminat Arsenal di China.

"Saya berharap agar [akan ada] keghairahan yang sama di sana" Van Persie memberitahu Arsenal Player. "Saya berharap agar kami akan melakukan perkara yang sama di sana dan melihat bagaimana perasaan para peminat.

"China adalah sebuah negara besar dan terdapat ramai penyokong-penyokong Arsenal maka kami harus terus bergerak ke hadapan untuk mereka."




(Sumber: http://www.arsenal.com/)