Wenger: Pasukan saya tidak lemah pertahanan

Friday, July 15, 2011

Oleh Giuseppe Muro

Arsène Wenger mengatakan bahawa Arsenal tidak lemah dalam pertahanan tetapi mengakui bahawa pasukannya harus lebih bekerja keras untuk sebarang set-pieces pada musim ini.

Beberapa pemain pertahanan telah dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates pada musim ini tetapi hanya Carl Jenkinson menjadi tambahan setakat ini.

Jurulatih dari Perancis tersebut percaya para pemain yang ada ketika ini sudah cukup berkualiti tetapi mengakui ia perlu dikukuhkan.

“Saya tidak rasakan kami lemah bertahan namun kami adalah pasukan yang sentiasa menyerang,” kata Wenger. “Kadangkala ia memberikan keterbukaan peluang kepada pasukan lain.

“Saya percaya kami punyai pemain pertahanan yang berkualiti. Salah satunya adalah Thomas Vermaelen dan dia tidak bermain pada tahun lepas.

“Dalam permainan terbuka, kami salah satu daripada pertahanan yang lebih baik [musim lepas] namun kami dibolosi dengan banyak gol melalui set-pieces dan itu yang mahu kami baiki pada musim ini.”


(Sumber: http://www.arsenal.com/)