Hadapi Malaysia, Arsenal Janji Tampil Serius

Monday, July 11, 2011
Arsene Wenger berjanji menyajikan permainan menghiburkan untuk penonton Malaysia.


Oleh Agung Harsya

Walaupun tidak membawa Cesc Fabregas dalam rombongan, skuad Arsenal berjanji tetap akan tampil dengan serius serta menghibur penonton Malaysia menjelang perlawanan persahabatan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Rabu (13/7) esok.

Secara rasmi Arsenal menyatakan bahawa Fabregas tidak turut serta kerana mengalami "kecederaan hamstring", namun ia bukan lagi sebuah rahsia bagi Arsenal yang diketahui bahawa telah lama berunding dalam meja perpindahan bersama Barcelona berhubung pemain handalam mereka itu.

Walaupun tanpa Fabregas, Arsene Wenger berjanji pasukannya akan mengerahkan kemampuan terbaik mereka.

"Saya belum menyaksikan rakaman video perlawanan pasukan Malaysia. Ia sungguh merupakan pengalaman baru bagi kami untuk perlawanan nanti," ujarnya seperti yang dipetik dari Bernama.

"Kali terakhir kali berhadapan dengan Malaysia adalah 12 tahun yang lepas. Kami rasakan corak permainan Malaysia sudah berkembang di bawah jurulatih Krishnasamy Rajagobal dan kami akan menurunkan pasukan terbaik."

Wenger merasa penjelajahan ke Malaysia akan mendatangkan banyak manfaat bagi Arsenal.

"Liga Perdana Inggeris sangat mashyur di Asia dan Arsenal merupakan pasukan yang sangat terkenal di Asia. Kebanyakan pemain Arsenal belum pernah mengunjungi negara ini," sambungnya.

Pendapat positif itu diakui Robin van Persie, yang akan bertindak sebagai kapten pada perlawanan nanti.

"Saya baru pertama kali ke sini dan ia akan menjadi pengalaman yang sama sekali berbeza," katanya.

Van Persie juga berharap faktor cuaca tidak menyukarkan Arsenal dalam perlawanan nanti.

Malaysia pernah berhadapan dengan Arsenal pada dua zaman yang berbeda. Pada 13 Mei 1975, Malaysia mengalahkan Arsenal 2-0 hasil jaringan yang oleh pemain legenda Mokhtar Dahari. Tiga hari kemudiannya, kedua-dua pasukan kembali bersemuka dan mendapat keputusan seri 1-1. 

Pertemuan terakhir berlangsung pada 19 Mei 1999 dan Arsenal berjaya memenangi dengan 2-0 hasil jaringan Nicolas Anelka serta Emmanuel Petit.



(Sumber: http://www.goal.com/)