Arsenal pantau Riccardo Montolivo

Monday, July 11, 2011
Riccardo Montolivo lebih gemar bermain untuk Serie A Itali jika Inter Milan bersedia membelinya.


Oleh Aditya Ramadhan

Arsenal dikhabarkan kembali memantau Riccaro Montolivo, setelah pemain Fiorentina itu menolak untuk rundingkan kontrak baru bersama skuad La Viola itu.

Arsene Wenger, jurulatih Arsenal, mendakwa bahawa Montolivo sebagai calon yang paling layak mengisi barisan tengah the Gunners jika Cesc Fabregas terpaksa dilepaskan ke Barcelona.

Namun begitu Wenger kemungkinan terpaksa bersaing dengan Inter Milan, kerana Massimo Moratti telah lama menginginkan khidmat Montolivo. Segalanya akan menjadi lebih sukar, kerana Montolivo kemungkinan lebih gemar untuk kekal dalam liga Serie A berbanding untuk bermain di liga Inggeris.

Setakat ini Wenger masih belum berniat untuk mengajukan tawaran, kerana masih berfikir untuk meletakkan harga yang sesuai untuk Montolio. Manakala Moratti akan segera meminta pengarah sukan Marco Branca untuk memmujuk Montolivo agar berpindah ke san Siro.


(Sumber: http://www.goal.com/)