Hangzhou Greentown 1-1 Arsenal

Sunday, July 17, 2011

Arsenal telah berhadapan dengan keputusan bersama Hangzhou Greentown pada perlawanan kedua dalam jelajah pra-musim ke Asia.

The Gunners kelihatan tidak bermaya sepanjang separuh masa pertama dan kelihatan tidsak kukuh di bahagian-bahagian tertentu sehingga menyebabkan Sebastian Vasquez meletakkan tuan rumah di hadapan.

Mereka menemui kembali rentak mereka pada babak-babak terakhir separuh masa pertama dan menyamakan kedudukan melalui Carlos Vela, dan seterusnya tiada jaringan dihasilkan di separuh masa kedua apabila kedua-dua pasukan melakukan pertukaran kepada keseluruhan skuad.

Greentown telah mendapat peluang semasa perlawanan bermula hanya  90 saat, namun percubaan Wang Song dinafikan oleh kaki Vito Mannone.

Paulo Pezzolano seterusnya melakukan percubaan yang terkena tiang pada minit ke 14 kerana kesilapan pertahanan yang membenarkan percubaannya untuk melakukan rembatan lencong.

Gol pembukaan berlaku apabila Mannone menahan percubaan pertama namun percubaan kedua dilakukan ddengan sepakkan bebas yang menyaksikan hanyaVasquez mendapat peluang ke atas ruang terbuka untuk pasukan tuan rumah mendahului perlawanan tersebut.

Arsenal cuba menyerang semula dan kerja keras dari Bacary Sagna untuk melakukan hantaran kepada Samir Nasri, dengan pemain perancis itu melakukan sepakan volley rendah yang sedikit melebar dari gol.

Gol penyamaan berlaku dalam babak-babak akhir pseruh masa pertama apabila Robin van Persie dan Andrey Arshavin saling bekerjasama di dalam kawasan penalti yang mana pemain Belanda tersebut melakukan hantaran kepada Vela dan menyudahkannya.

Arsene Wenger melakukan pertukaran penuh pada waktu rehat dan Arsenal terus mendominasi permainan walaupun gagal untuk melakukan serangan.

Beberapa peluang diperolehi Aaron Ramsey dan Theo Walcott melalui tandukan yang sedikit tinggi dari palang gol yang hampir-hampir membawa mereka kepada gol kemenangan.


(Sumber: http://soccernet.espn.go.com/)