Walcott teruja dengan perjalanan ke Malaysia

Saturday, July 9, 2011

Pemain hadapan Arsenal mendakwa bahawa jelajah pra-musim ke Asia akan menjejaskan para pemain namun percaya ia adalah satu langkah penting untuk membina jenama kelab dan pengkalan peminat.

The Gunners akan melangkah keluar dalam rutin pra-musim mereka pada tahun ini dengan terbang merentasi benua untuk mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan ke Asia Tenggara.

Pasukan Arsene Wenger akan bertolak ke Asia esok dalam perjalanan jauh yang akan menyaksikan mereka menentang pasukan bintang XI Malaysia, sebelum menuju ke China untuk berhadapan dengan Hangzhou Greentown pada Sabtu hadapan.

Bagaimana pun, penerbangan the Gunners tidak sahaja berhenti di situ yang mana mereka akan bertandang ke Jerman untuk berhadapan dengan kelab Bundesliga, Cologne pada minggu berikutnya selepas kepulangan pendek ke Utara London.

Perjalanan kali ini agak jauh daripada rutin kebiasaan pra-musim Wenger yang mana biasanya membawa pemain-pemain mereka ke Austria dan Walcot berpendapat ia mampu meletihkan tubuh badan pemain.

"Pada tahun-tahu yang lepas kami hanya bertandang ke Austria dan juga Holland, jadi ia tidak begitu menjejaskan kami," beritahunya kepada Arsenal.com.

"Ia akan menjejaskan sedikit diri kita namun kami mesti menghadapinya.

"Ia masih begitu jauh sebelum musim bermula jadi kami mesti kembali cergas sebelum masanya tiba.

"Saya tidak fikirkan ia mengganggu. Saya hanya memikirkan lebih jauh lagi berkenaan cabaran yang kami hadapi dan sebuah tempat yang berbeza yang mana saya belum pernah jejaki sebelum ini.

"Ia pasti pengalaman yang sangat berbeza serta budaya yang pasti berlainan di sana.

"Saya memikirkan bagaimana sambutan di sana nanti.

"Saya mendengar khabar bahawa semasa latihan terbuka, akan ada lebih 50,000 orang di sana jadi ia tentu sangat menakjubkan.

"Ia sangat manis untuk melihat mereka yang mungkin anda tidak akan temui lagi dan jika kami boleh melakukan sesuatu yang boleh membantu kelab sebagai sebuah jenama, ia mampu membangunkan kami dan mendapatkan pengkalan penyokong yang leih besar."

Berikutan perjalanan ke timur jauh dan pertengahan Eropah, Arsenal akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Emirates pada akhir bulan yang mana mereka akan berhadapan bersama Boca Juniors dan New York Red Bulls.

Legenda kelab, Thierry Henry akan kembali ke tempat asalnya yang mana Walcott berpendapat bahawa ia akan menjadi sebuah peristiwa yang sangat istimewa.

Tambahan pula, pemain berusia 22 tahun itu membayangkan bahawa pemain Perancis tersebut akan disertai oleh rakan sepasukan lamanya Jens Lehmann.

"Ia akan menjadi perlawanan yang sangat mengujakan bagi saya dan yang sangat bertuah adalah kita akan melihat Thierry Henry kembali," katanya.

"Saya ada mendengar khabar bahawa Jens mungkin akan menyertai mereka - saya tidak tahu samada ia benar - namun begitu ia pasti akan menjadi lebih menarik."

"Ia akan menjadi sangat menarik bermain di Emirates di hadapan para peminat dan saya berharap agar kami dapat menunjukkan apa yang mampu kami lakukan dan kami telah bersiap untuknya.

"Kami tidak menganggapnya sebagai sebuah perlawanan persahabatan - dan kami tidak akan menganggap sebarang perlawanan pra-musim sebagai persahabatan untuk lebih jujur - kami gemar jika ke sana dan perolehi kemenangan.

"Dan andai kami menangi Piala Emirates, ia akan menjadi sangat manis dan seterusnya berharap agar kami akan terus melangkah dan cuba menang dalam liga kerana ia adalah sesuatu perkara utama."


(Sumber: http://www.sportinglife.com/)