£15 juta Juan Mata, sayap yang akan berikan Arsenal kelebihan

Friday, July 8, 2011
Dengan hanya Xavi, Messi dan Alves yang mendahuluinya dalam La Liga, pemain sayap berusia 23 tahun milik Valencia, Juan Mata adalah pemain yang cukup berbaloi untuk menguatkan Arsenal.


Sesiapa yang menonton kejohanan Eropah bawah 21 tahun pada Sabtu lepas di Denmark akan terpesona dengan kelincahan Juan Mata yang meraikan kemenangan bersama rakan sepasukannya dalam kemenangan Spanyol 2-0 ke atas Switzerland. Ia merupakan sebuah perlawanan di mana pemain serangan Valencia berusia 23 tahun tersebut menampilkan bagaimana dia dia mempunyai kelas tersendiri berbanding rakan-rakan sepasukannya. Turut perlu dipertimbangkan bahawa Mata turut menjadi sebahagian daripada pemenang Piala Dunia bersama Spanyol dan menurut Opta, pemain satu-satunya pemain bolasepak yang boleh dikalahkan oleh Xavi, Messi dan Alves dalam pembantu jaringan gol dalam La Liga sejak 2008/2009 musim adalah dia.
Mata sebenarnya memulakan kerjayanya di Real Oviedo sebelum berpindah ke Real Madrid dalam skuad remaja. Namun daripada menunggu begitu lama untuk masuk ke dalam skuad utama, Mata yang begitu yakin telah meninggalkan ibukota Spanyol itu untuk Valencia pada 2007 yang akhirnya membawa dia sebagai pemain utama bagi skuad Mestalla, hanya tidak mengikuti sembilan perlawanan liga dalam masa tiga musim.

Selain semasa di skuad remajanya, Mata telah bertanggungjawab sebagai ketua pasukan Valencia pada musim lepas - bukan sebuah tugas mudah bagi sesebuah kelab yang kurang stabil - dan membawa kelabnya mengakhiri liga di tempat ke tiga dengan lapan gol dan 12 dalam membantu gol.

A fine finish and a key eye for goal when given the chance sees Mata with 33 league goals in his four seasons in Mestalla.Mata bermain dengan sangat cemerlang di bahagian kiri di belakang tiga pemain serangan, namun dia pemain yang gemar membawa bola masuk ke dalam berbanding melakukan hantaran lintang walaupun dia seseorang pemain kidal. Bagaimanapun pemain hadapan versetail tersebut sering ditugaskan sebagai penyerang kedua untuk kelabnya - mahupun sebagai pemain hadapan dalam keadaan kecemasan. 

Secara fizikal, Mata bukan pemain yang bertubuh besar dengan hanya nmempunyai ketinggian 1.7m, namun begitu ada yang mengulas bahawa dia akan terpaksa menghadapi persaingan sengit dalam cabaran di Liga Perdana. Namun begitu Mata adalah seseorang pemain yang lincah dan tidak akan menghadapi masalah dalam suasana malam di Bilbao atau Osasuna, maka ia menjadi satu berita baik.

Masalah ekonomi di Valencia telah membawa kepada perpindahan Villa dan Silva pada musim lepas dan ia memberikan sedikit kelegaan kepada mereka, jadi penjualan Mata mungkin tidak begitu diperlukan bagi kelab. Namun begitu pemain penyerang tersebut mungkin boleh dijual dengan harga yang berpatutan. Secara faktanya, dia mempunyai banyak pemilih disekitar Eropah yang bermakna jika Arsenal benar-benar berminat terhadap Mata, mereka perlu sanggup untuk berbelanja.


(Sumber: http://www.sabotagetimes.com/)