Nasri: Saya mahukan gelaran bukan wang...!!!

Wednesday, July 6, 2011
Nasri membuka pintu untuk keluar dari Arsenal tetapi menegaskan bahawa dia bukan mata duitan


Samir Nasri telah memberi gambaran akan melakukan perpindahan dari Arsenal, namun menafikan ura-ura dari meneruskan kontrak baru kelab.

Pemain Perancis tersebut hampir mencecah kontrak 4 tahunnya di Stadium EMirates dan telah dikaitkan dengan perpindahan bernilai besar kepada musuh Liga Perdana Manchester City dan Manchester United.

Juara Piala FA itu telah memberi isyarat dengan menjanjikan bidaan sebanyak £20 juta, manakala juara Liga Perdana akan bergerak pada minggu ini dengan mengikat Ashley Young dengan kontrak £135,000 seminggu.

Nasri telah bersinar dengan cemerlang selepas berpindah ke Utara London dari kampung halamannya di Marseille pada 2008, tetapi penampilan terbaiknya muncul pada permulaan kempen yang baru berakhir.

Walau bagaimanapun seperti kebanyakkan musim di Arsenal, Nasri gagal memperoleh sesuatu dan sekali lagi gagal tanpa mendapat apa-apa.

Pemain berusia 24 tahun itu dikatakan membuat permintaan untuk gaji yang besar dengan paras sebagaimana ketua pasukan Cesc Fabregas, sebagai ingatan kepada kelab-kelab yang mahu melamarnya, yang mana kedua-duanya mampu memenuhi permintaannya, serta turut mampu menjanjikan trofi kejayaan.

Nasri berkata: 'Wang bukanlah sesuatu yang menjadi pokok asas sebagai motivasi. Saya sering mengambil keputusan daripada pandangan bolasepak itu sendiri. Saya tidak akan menandatangani kelab yang mana saya tidak mampu bermain dengan saya yang saya gemari, di mana saya tidak merasa gembira, hanya kerana wang.

'Kami telah memperoleh gaji yang cukup besar, apa yang penting adalah untuk memperbesarkan kerjaya dan memenangi gelaran. Ini lebih penting daripada yang lain-lain. Saya tahu nilai dan makna wang.

''Kita seharusnya mampu menyesuaikan diri dengan cara hidup yang baru, terus menghormati nilai diri sendiri. Keluarga, rakan-rakan, agen yang baik, semuanya membantu anda untuk tidak terus leka.'

Tambahnya di the News of the World: 'Tanpa sebarang gelaran dalam diri anda, anda tidak mampu masuk ke dalam senarai Ballon D'Or. Saya datang ke England untuk trofi kerana saya tidak memenangi apa-apa dalam kerjaya saya, selain dari Kejuaraan Eropah bawah 17 tahun pada 2004.

'Kita perlu keluar daripada zon selesa untuk terus membangun dan menguji diri. Walaupun tanpa memenangi trofi, saya rasakan saya telah meju ke hadapan.'

Isyarat Nasri untuk berpindah ke tempat lain memberi tamparan hebat kepada kelab yang kini telah enam tahun kemarau trofi.

Gael Clichy akan melakukan perpindahan £8 ke Manchester City dalam beberapa hari lagi, manakala pengurus Arsene Wenger akan kehilangan Cesc Fabregas ke Barcelona sebelum musim bermula.

Laporan hari ini menyatakan bahawa Chelsea akan mengambil kesempatan di atas masalah di Arsenal melalui perpindahan Theo Walcott, manakala agen Robin van Persie khuatir dengan perkembangan di dalam kelab tersebut.


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)