Kami bekerja sepanjang malam untuk tandatangani pemain

Saturday, July 9, 2011

Oleh Richard Clarke

Arsène Wenger berkata bahawa dia telah bekerja 'lewat malam' untuk membawa masuk pemain yang tepat ke Arsenal.

Pengurus pasukan tersebut memahami tuntutan daripada para peminat untuk melihat ketibaan pemain baru ke Stadium Emirates tetapi, seperti biasa, Wenger menanti masanya akan tiba.

Wenger telah memastikan bahawa penyerang Gervinho kini telah hampir menyempurnakan perpindahannya untuk the Gunners dari Lille. Dan lelaki berusia 61 tahun tersebut sedang melakukan apa yang mampu diusahakannya untuk menambah satu atau dua lagi pemain ke dalam barisan Arsenal.

"Kami sedang berusaha keras melakukannya," beritahunya kepada Arsenal.com. "Bagi saya, perkara terbaik adalah dengan tidak bercakap terlalu banyak mengenainya. Lebih banyak kita bercakap tentang sesuatu perkara, semakin kurang peluang untuk mendapatkannya. Satu-satunya perkara yang boleh saya janjikan bahawa kami akan berusaha sebaik mungkin dan kami telah lalui malam-malam yang panjang untuk mencapai apa yang perlu kami capai.

"Saya dapat memahami [ketidaksabaran di kalangan peminat]. Percayakan saya, saya tahu semua kelab di dunia ini memerlukan pemain yang sama untuk posisi yang sama. Jika terdapat pilihan selain itu, sudah tentu orang lain akan melakukan pilihan mereka yang lain. Kami sekarang berapa dalam tahap tertinggi, oleh itu memerlukan kualiti untuk menguatkan pasukan kami. Saya dapat memahami orang lain berkata 'kamu punyai wang, keluar dan beli saja'. Namun ia bukan seperti itu sahaja, kami mahu temukan kualiti yang diperlukan.

."Saya telah berkata berkali-kali bahawa kami sangat hampir untuk memenangi sesuatu pada musim lepas, namun akhirnya kami mendapat kekecewaan. Say harap provok yang berlaku adalah jawapan daripada pemain-pemain saya. Kami sangat hampir pada kali ini dan kami mahu mencapainya.

"Tanggungjawab saya merupakan perkara utama dari segalanya dan ia adalah untuk tidak kehilangan pemain dan kemudian menambah serta menjadikan kami semakin kuat.

"Marilah terus berharap agar kami mampu membawa satu atau dua lagi tambahan pemain yang berkualiti tinggi."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)