Sempurna sudah perpindahan Clichy ke Manchester City

Monday, July 4, 2011

Kelab Bolasepak Arsenal mengesahkan bahawa perpindahan Gael Clichy ke Manchester City telah lengkap dengan bayaran yang tidak dinyatakan.

Clichy, 25, menyertai Arsenal dari Cannes pada Ogos 2003, dan semasa berada bersama the Gunners dia telah membuat 264 penampilan dalam semua kejohanan.

Dalam musim permulaannya bersama Arsenal, Gael menjadi pemain yang paling muda pada masa tersebut dalam memenangi Liga Perdana pada 2004, pada usia 18 tahun dan 10 bulan. Selepas itu, Clichy bangkit untuk menjadi pemain tulang belakang dalam skuad Arsene Wenger dan turut menjadi pilihan di dalam pasukan kebangsaan Perancis.

Pada musim 2007/08, pemain pertahanan kelahiran Toulouse bermain sebanyak 49 perlawanan - lebih daripada mana-mana pemain Arsenal - dan turut dicalonkan sebagai PFA Team of the Year

Arsene Wenger berkata: "Kami sangat berterima kasih kepada Gael kerana khidmat terbaiknya selama lapan tahun bersama Arsenal, sepanjang masanya berbakti sepnuh hati untuk kelab. Dia telah meningkat dan membangun dengan sangat pantas sejak menyertai kami pada 2003, dan turut menjadi bahagian terpenting dalam beberapa musim kebelakangan ini. Gael meninggalkan kami dengan sebuah penghormatan dan semoga berjaya. Semoga dia terus berjaya dalam kerjayanya pada masa akan datang.

Gael berkata: "Saya telah melalui lapan musim terbaik di Arsenal dan membuat ramai kawan. Saya mempunyai banyak kenangan sejak berada di Highbury dan Stadium Emirates. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di Arsenal kerana sokongan dan persahabatan mereka. Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Arsenal, yang sering beranggapan baik kepada saya."

Semua di Arsenal ingin mengucapkan terima kasih kepada Gael kerana penglibatannya kepada kelab dan semoga dia terus maju di dalam kerjayanya di masa depan.


(Sumber: http://www.arsenal.com/)