Barcelona memastikan kemasukan Kiko Femenia

Thursday, July 7, 2011
Barca sudah memastikan perpindahan Femenia, tapi enggan membahas berkaitan Fabregas.

Oleh Dede Sugita

Pada malam Rabu, Barcelona mengungkapkan telah mengamankan jasa gelandang 20 tahun, Kiko Femenia, dari Hercules.

Untuk menarik pemain muda itu ke Camp Nou, pasukan Catalan itu perlu mengeluarkan €2 juta beserta €1.5 juta dalam bentuk bonus yang akan diberikan mengikut persembahan Femenia sendiri.

Pada waktu ini ini, pemain lulusan akademi Herculanos itu bakal ditempatkan di dalam skuad Barca B. Ia dijangka mampu meningkat ke pasukan senior pada tahun hadapan jika permainannya memenuhi jangkaan Blaugrana.

Dengan berlakunya perpindahan ini, pihak media meragukan akan pergerakan Barca selanjutnya dalam pasaran perpindahan pemain pada musim panas ini, khususnya berkaitan dengan ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas. Namun, pengarah sukan Andoni Zubizarreta enggan membahas perancangan yang belum pasti itu.

“Hari ini bukanlah hari menghitung langkah untuk kaitan bersama Cesc, apakah ia akan berlaku atau tidak. Kami tidak akan membicarakannya sehinggalah ia selesai,” kata Zubi kepada AS.

“Apabila perpindahan itu telah berlaku, barulah kami akan membicarakan tentang hal tersebut,” terangnya.

Untuk kemungkinan perbincagan yang lain, seperti Alexis Sanchez (Udinese), diberitakan bahawa Barcelona telah memasukkan Jeffren Suarez dalam kertas kerja mereka, namun pemain sayap itu sendiri kini semakin rapat ke Friuli.

“Kami telah melakukan pertemuan bersama Jeffren dan berusaha menemukan penyelesaian terbaik. Kami bersama-sama melakukan usaha demi masa depan dan perkembangannya dalam bolasepak.”

“Kami akan berhati-hati samada ada pasukan-pasukan yang tertarik dan tawaran mana yang sedang kita bicarakan. Kami akan membuat keputusan berdasarkan semua perkara tersebut,” tambah Zubizarreta.


(Sumber: http://www.goal.com/)